Madrasah Daulah kini membuka tawaran kemasukan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam. Madrasah Daulah adalah sekolah tahfiz yang bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka yang berdaftar masuk ke Madrasah Daulah akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar.
Sungguhpun begitu, mereka yang hendak berdaftar akan ditawarkan khidmat konsultan untuk kemasukan ke Madrasah Daulah. Pendaftaran ke Madrasah Daulah boleh dilakukan di bawah Daulah Educonsult. Pendaftaran ke Masdrasah Daulahtidak memerlukan sebarang sijil atau keputusan pun jadi semakin mudah untuk belajar. Tawaran ini juga dibuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.
Siapa yang akan menjaga mereka sepanjang di Mesir nanti? Madrasah Daulah telah sediakan beberapa orang Mudir yang ditugaskan untuk menjaga pelajar Madrasah Daulahdi sana. Madrasah Daulah juga menawarkan sebuah program Maahad Buuth yang mana selepas Maahad Buuth pelajar akan terus diserap masuk ke Universiti Al-Azhar.
Walaubagaimanapun, pelajar yang telah berdaftar ke Madrasah Daulah tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth kerana di dalam program itu nanti mereka akan diajar dalam Bahasa Arab. Jadi, pelajar akan menduduki kelas Markaz Nile (Kelas Bahasa) dan Sanad Tahsinul Quran (Khatam Al-Quran) yang mana tempohnya tidak kurang daripada 1 tahun.
Kelas tersebut adalah bertujuan untuk mempersiapkan pelajar untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul yang mana ujian itu juga dalam Bahasa Arab. Ujian ini yang akan menentukan pelajar masuk ke Maahad Buuth. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth manakala pelajar yang tidak melepasi akan masuk ke Dirosoh Khossor.
Tempoh pengajian di Dirosoh Khossor adalah tidak kurang 1 tahun. Pelajar akan menduduki kelas dalam Bahasa Arab serta Dirosoh Khossor merupakan pra-menengah. Tempoh pengajian Maahad Buuth pula ialah selama 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Maahad Buuth ialah sekolah menengah.
Pengakhirannya, apabila sudah tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan terus diserap masuk ke Universiti Al-Azhar bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Malah, bidang yang ditawarkan kepada pelajar ialah bidang syariah, usuluddin dan Bahasa Arab.
Jadi tidak ada sijil bukan satu alasan untuk malas belajar. Banyak lagi alternatif lain boleh dicari untuk belajar.
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...