Safer kini sedang membuat promosi khas kepada pengguna dengan menawarkan potongan harga sebanyak RM3 bagi semua perkhidmatan di Safer. Potongan harga tersebut boleh dapat dengan syarat menggunakan kos SaferSyok3 pada salah satu perkhidmatan yang ada di Safer.
Jangan risau kalau lambat tahu sebab promosi ini akan tamat pada 31 Disember 2020! Banyak sangat masa untuk menggunkan kod tersebut di Safer. Yang pentig, kod tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja pada salah satu perkhidmatan di Safer. Jadi pengguna tidak boleh mendaftar untuk kali kedua bagi mendapatkan promo kod tersebut.
Perkhidmatan yang ditawarkan di Safer ialah menempah kenderaan untuk menuju ke destinasi yang dituju, menempah makanan dan menghantar barangan kepada pelanggan.
Safer Ride ialah sebuah perkhidmatan untuk menempah kenderaan bagi menuju ke destinasi yang dituju. Apa yang menariknya ialah Safer Ride menyediakan empat jenis kenderaan kepada pengguna iaitu
  • SaferGo kereta jenis ekonomi yang berdaftar dari tahun 2011 hingga 2020 dan mempunyai lima tempat duduk di dalamnya.
  • Safer Gold ialah kereta mewah yang mempunyai CC besar. Kereta jenis ini juga mempunyai lima tempat duduk di dalamnya.

  • SaferGo Xtra ialah kereta jenis MPV yang mempunyai enam tempat duduk. Kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ramai rakan-rakan untuk menuju ke destinasi yang sama.
  • Safer Indulge ialah kereta yang mempunyai enam tempat duduk juga di dalamnya tetapi mempunyai saiz yang besar seperti minibus. Kereta jenis ini sesuai untuk mereka yang ingin menuju ke lapangan terbang di sekitar Malaysia.
Safer Food ialah perkhidmatan menempah makanan melalui dalam aplikasi Safer. Pengguna boleh menggunakan promo kod SaferSyok3 bagi mendapatkan potongan harga pada makanan yang dihantar. Pelbagai makanan boleh didapatkan pada Safer Food.
Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar barangan kepada pelanggan. Pengguna Safer akan menggunakan Safer Delivery untuk menghantar barangan mereka kepada pelanggan. Safer Delivery juga menyediakan dua jenis penghantaran iaitu Single Delivery dan Multi Delivery.

Single Delivery ialah penghantaran yang boleh dihantar hanya ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa tetapi boleh dengan kuantiti yang banyak atau sedikit. Manakala Multi Delivery ialah penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa dengan kuantiti yang banyak atau sedikit.
Jika barangan lebih daripada 10 kilogram digalakkan untuk menghantar menggunakan kereta bagi mengelakkan sebarang kerosakan tetapi sekiranya barangan kurang daripada 10 kilogram boleh dihantar menggunakan motorsikal. Barangan yang dihantar adalah tidak kisah jenis apa sekali pun samada menghantar surat, barang berat, tajam dan lain.
Banyakkan yang ada di Safer? Semua perkhidmatan yang ada boleh menggunakan promo kod SaferSyok3 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM3. Tetapi sekali lagi diingatkan, jangan berdaftar sebagai pengguna untuk dua kali ye.
Jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Safer, sila layari laman web dan hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here