Safer Food ialah salah satu platform untuk peniaga kecil, home kitchen (masakan dari rumah), restoran dan peniaga trak makanan untuk mempromosikan makanan mereka secara dalam talian. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant kini telah dibuka kepada mereka semua dengan hanya memuat turun aplikasi Safer Food sahaja di Google Play Store atau Apps Store.
Malah, Safer Food juga telah membuka ruang kepada mereka untuk menjadi rider konsultan. Rider konsultan ialah mereka yang telah berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver. Tambahan, rider konsultan ialah mereka yang memberi sesi konsultasi kepada peniaga kecil, home kitchen, restoran dan peniaga trak makanan. Sambil mereka menghantar atau mengambil pesanan makanan yang ditempah oleh pengguna, sambil itu mereka boleh memberi sesi konsultasi kepada mereka.
Syarat untuk menjadi rider konsultan adalah :
  • Mampu untuk bekerja di bawah KPI
  • Mampu capai KPI yang ditetapkan
  • Lelaki atau perempuan
  • Mempunyai motorsikal sendiri dan boleh menunggang motorsikal
  • Safer Delivery Partner dan Driver
  • Berumur 18 tahun ke atas
Rider konsultan bagi Safer Food juga akan memperoleh banyak manfaat daripadanya. Apabila Safer Delivery Partner dan Driver berdaftar sebagai Rider konsultan bagi Safer Food, mereka akan peroleh elaun sebanyak RM500 tetapi mereka perlu penuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Safer Food. Dimana, seorang rider konsultan perlu mencari 30 kedai dalam masa satu hari untuk berdaftar di bawah mereka.
Jika mereka berjaya melepasi KPI yang ditetapkan oleh Safer Food, mereka akan peroleh lebih banyak lagi.
Safer Food juga menawarkan perkhidmatan untuk mempromosikan makanan dari peniaga kecil, home kitchen, restoran dan peniaga trak makanan kepada orang ramai. Syarat bagi melakukan pendaftaran sebagai Safer Food Merchant ialah
  • Mempunyai Identity Card (IC)
  • Mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Mempunyai lesen perniagaan
  • Mempunyai sijil halal bagi premis makanan
Pengaktifan akaun sebagai Safer Food Merchant hanya mengambil masa 1 hari sahaja. Malah mereka juga perlu mengikut syarat yang ditetapkan oleh Safer Food di mana mereka perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan untuk berdaftar menjadai Safer Food Merchant. Antara perkara yang perlu dilengkapkan ialah
  • Dokumen
  • Setting Operasi Kedai
  • Kemaskini lokasi
  • Menu makanan
  • Perincian akaun bank

Mereka yang telah berdaftar juga akan ditawarkan dengan kelas bagaimana untuk melaksanakan segala isi penting di Safer Food. Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 4 petang. Safer Food Merchant perlu buat temu janji dengan pihak Safer Food untuk mereka menjadualkan kelas tersebut.
Sekiranya ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan nombor yang tertera di bawah.
Website : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup
?  Safer Food : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here