Safer Delivery merupakan sebuah perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan. Pengguna yang telah berdaftar sebagai pengguna Safer dapat menggunakan perkhidmatan penghantaran barang secara dalam talian. Pengguna hanya menempah sahaja Safer Delivery di Safer dan rakan penghantar Safer yang akan mengambil dan menghantar barangan kepada pelanggan.
Pendaftaran sebagai pengguna Safer boleh dilakukan dengan memuat naik aplikasi Safer menerusi Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Pengguna juga boleh melakukan pendaftaran dengan hanya tekan sahaja laman web yang tertera di bawah.
Pengguna Safer : http://tinyurl.com/y8kzvbeq
Safer Delivery telah menyediakan dua jenis penghantaran iaitu Single Delivery dan Multi Delivery. Single Delivery ialah penghantaran yang boleh ke satu lokasi atau sehala sahaja tetapi dengan kuantiti yang banyak atau sedikit. Multi Delivery ialah penghantaran barang yang boleh ke banyak lokasi dengan kuantiti yang banyak atau sedikit dalam satu-satu masa.
Barang yang hendak dihantar adalah tidak kisah jenis barangnya samada berat, basah, tajam, ringan, dan sebagainya. Namun pastikan barang tersebut sudah dibungkus dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada barang yang hendak dihantar.
Safer menggalakkan menggunakan kereta sekiranya barangan lebih daripada 10 kilogram dan kuantiti yang banyak atau berat. Tetapi jika barang kurang daripada 10 kilogram, sedikit dan ringan hantarlah menggunakan motorsikal kerana penghantaran akan menjadi lebih cepat dan pantas.
![]()






