Safer Food telah membuka peluang kerja kepada mereka untuk menjadi Rider Konsultan. Rider Konsultan ialah mereka yang akan memberi khidmat konsultan kepada mana-mana gerai atau kedai makan untuk menerangkan kepada mereka apa itu Safer Food. Pendaftaran sebagai Rider Konsultan adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan di Safer.
Namun sebelum melakukan pendaftaran, perlu ikut juga ye beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Safer Food. Syarat yang  perlu dipatuhi ialah
  • 18 tahun ke atas
  • Lelaki / perempuan
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Boleh membawa motorsikal
Jika kesemua ini sudah diikuti mengikut piawaian Safer Food, makan semakin mudah untuk mereka menjadi Rider Konsultan Safer Food. Info tambahan, mereka yang ingin berdaftar sebagai Rider Konsultan juga terbuka kepada Safer Delivery Partner dan Driver. Di sini, mereka dapat jana pendapatan sebagai rakan penghantar Safer dan juga rider konsultan Safer Food.
Sesiapa sahaja boleh berdaftar sebagai Rider Konsultan Safer.
Jadi apa pulak Safer Food ni? Safer Food ialah sebuah aplikasi dan platform untuk peniaga kecil, home cooker, restoran dan peniaga trak makanan mempromosikan kedai makan mereka di aplikasi Safer Food. Aplikasi Safer Food boleh didapatkan di Google Play Store mahupun Apps Store.
Namun untuk melakukan pendaftaran, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh mereka yang ingin berdaftar sebagai Safer Food Merchant iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kad pengenalan (IC), lesen perniagaan dan sijil halal. Kesemua ini perlu ada sebelum melakukan pendaftaran. Pengaktifan akaun sebagai Safer Food Merchant makan masa dalam satu hari sahaja.
Dokumen yang perlu dimuat naik di Safer Food ialah
  • Dokumen
  • Tetapan lokasi kedai
  • Kemaskini lokasi kedai
  • Menu makanan
  • Perincian akaun bank
Namun, jika kurang mengerti atau ada beberapa dokumen yang tidak lengkap, Safer Food ada menyediakan kelas khas untuk mereka. Kelas tersebut dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Dalam masas yang sama, pengaktifan akaun dapat dilakukan oleh pihak Safer Food.
Jadi, Safer Food telah menyediakan banyak peluang untuk mencari Rider Konsultan dan Safer Food Merchant untuk jana pendapatan secara langsung.
Jika ingin bertanya berkenaan dengan pendaftaran sebagai Rider Konsultan atau Safer Food Merchant, hubungi melalui Live Chat dan hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here