Safer Food ialah sebuah platform yang khusus kepada mereka yang ingin mempromosikan makanan mereka secara dalam talian. Mereka yang mempunyai perniagaan sendiri seperti peniaga kecil, home kitchen, peniaga trak makanan dan restoran adalah layak untuk bermohon di Safer Food sebagai Safer Food Merchant secara percuma.
Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant boleh dilakukan melalui Google Play Store bagi pengguna Android dan juga Apps Store bagi pengguna Apple. Boleh juga pergi ke laman web ini untuk tersu melakukan pendaftaran secara langsung.
Restoran : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Apabila berdaftar, jangan lupa untuk melengkapkan segala maklumat yang diminta oleh Safer Food. Segala syarat perlu dipatuhi supaya mudah pihak Safer Food untuk mengaktifkan akaun sebagai Safer Food Merchant. Syarat untuk mendaftarkan diri sebagai Safer Food Merchant ialah
  • Kad Pengenalan (IC)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Lesen perniagaan kedai
  • Sijil halal

Kesemua ini adalah maklumat asas yang perlu ada untuk melakukan pendaftaran. Selepas kesemua syarat itu telah dipenuhi, jangan lupa untuk mendaftarkan kedai makanan di Safer Food. Antara perkara yang perlu ada ialah :
  • Dokumen
  • Tetapan operasi (Masa dan Hari Operasi)
  • Kemaskini lokasi kedai
  • Menu makanan
  • Perincian akaun bank
Segala jenis makanan hendaklah didaftarkan supaya mudah pengguna untuk membuat pilihan. Tetapi jika kurang faham dengan cara untuk berdaftar, Safer Food telah membuat kelas khas kepada Safer Food Merchant untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti gambar makanan, cara mencantikkan kedai, maklumat dan sebagainya.
Kelas itu adalah dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 petang. Hari Sabtu juga ditawarkan kelas tetapi mengikut kepada situasi dan masa daripada Safer Food. Sebelum menyertai kelas tersebut, mereka perlu membuat temu janji dahulu untuk tetapkan waktu bila mengadakan kelas tersebut.
Tambahan info, Safer Food juga kini sedang mencari rider konsultan dan juga konsultan luar. Rider konsultan ialah mereka yang telah menjadi Safer Delivery Partner dan Driver yang sah. Mereka boleh menjadi rakan penghantar kepada Safer dan juga rider konsultan kepada Safer Food.
Apabila mereka berdaftar sebagai konsultan Safer Food, mereka juga dapat menjana pendapatan dari Safer Delivery Partner dan Driver serta rider konsultan Safer Food.
Manakala konsultan Safer ialah sesiapa yang ingin menjadi konsultan Safer. Pendaftaran sebagai konsultan Safer adalah percuma. Apabila mereka berdaftar sebagai konsultan Safer Food, mereka akan diberikan satu nombor kod khas yang menunjukkan mereka ialah konsultan sah daripada Safer Food.
Banyak yang ditawarkan oleh Safer Food kepada Safer Food Merchant, jadi daftarkan sekarang gerai makanan ke Safer Food untuk mendapatkan pelbagai khidmat di Safer Food.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran Safer Food Merchant, layari sahaja laman web dan nombor telefon yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here