Safer yang merupakan syarikat e-hailing kini tawar pekerjaan kepada rider di luar sana yang berimpian jana pendapatan secara sampingan di samping jana pendapatan aktif dan juga pasif. Namun syarat utama adalah, anda perlulah seorang Rider Safer yang berdaftar. Ingin tahu skop kerjaya sebagai konsultan rider? Teruskan membaca.
Konsultan rider berfungsi dalam berkongsi kelebihan dan maklumat kepada restoran, home kitchen, food truck, peniaga kecil, peniaga jalanan dan sebagainya untuk turut serta dalam Safer Food Merchant. Safer Food Merchant adalah platform kepada Home Kitchen, restoran, peniaga kecil, food truck dan sebagainya untuk promosikan produk makanan mereka secara atas talian.
Syarat kelayakan yang melayakkan seseorang untuk bekerja sebagai Konsultan Rider adalah anda perlulah seorang rider Safer yang berdaftar. Mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal atau kereta. Seorang Konsultan Rider mempunyai KPI tersendiri setiap hari.
Selain pendapatan aktif dan pasif yang dijana sebagai Rider Safer, konsultan rider juga akan diberikan elaun sampingan berdasarkan cara kerja yang dilakukan. Elaun bulanan akan diberikan secara konsisten setiap bulan mengikut prestasi. Tambahan, Safer beri peluang kepada anda sama ada untuk bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa.
Kepada anda yang berminat, boleh hubungi nombor 018-9624322 untuk lakukan pendaftaran. Anda juga boleh walk in ke Pejabat Safer yang terletak di Dataran Pandan Prima 2, Ampang, Kuala Lumpur. Namun jika ada berada di luar Selangor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
- WEBSITE : https://www.safer.my/
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
- INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
- TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
- YOUTUBE : https://bit.ly/safergroup
Khidmat Pelanggan : 01120586389