Sambung pengajian ke luar negara telah ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Pada kali ini, negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah negara Indonesia.
Selain daripada itu, Indonesia ialah sebuah negara yang mempunyai makanan, budaya, agama dan adat yang mempunyai persamaan dengan negara kita. Oleh sebab itu, sambung belajar ke Indonesia tidak memberikan sebarang masalah untuk pelajar belajar ke sana. Mereka juga akan dapat mengenali budaya dan tempat baharu yang ada di sana.
Malah apa yang istimewanya berdaftar melalui Daulah Educonsult ialah syarikat ini akan membawa pelajar-pelajar pergi menjelajah ke kawasan-kawasan menarik seperti Danau Toba, Bali dan banyak lagi. Sebelum sesi pembelajaran akan bermula, sesi menjelajah akan dibuat bersama Daulah Educonsult. Segala bayaran telah pun ada semasa membayar di Daulah Educonsult.
Akan tetapi, pelajar SPM terutamanya tidak akan terus masuk ke universiti di Indonesia kerana sistem pembelajaran di sana agak berbeza dengan Malaysia. Jadi pelajar akan memasuki ke Kolej Kerjasama Daulah yang aman kolej tersebut terletak di Kuala Lumpur. Pelajar akan mendapat sijil asasi dari kolej itu.
![]()
Universiti yang ditawarkan ialah Universiti Airlangga yang mana universiti ini menawarkan bidang perubatan. Universiti ini juga telah lama tersenarai sebagai sebuah universiti 5 tertinggi di Indonesia. Tambahan, universiti antarabangsa juga turut tersenarai di universiti Airlangga iaitu Universiti Boon, Universiti Nasional Seoul dan Universiti Adelaide.
![]()
Selain daripada itu, ada juga Institusi Pertanian Bogor yang mana institusi itu menawarkan bidang veterinar kepada pelajar. Pelajar yang meminati bidang veterinar boleh berdaftar ke institusi ini untuk peroleh pengajian yang baharu. Institusi ini merupakan satu-satunya institusi yang menawarkan bidang veterinar.
![]()





