Selepas keputusan kerajaan Malaysia untuk membenarkan pelajar sambung belajar ke luar negara, Daulah Educonsult kini akan membawa ke benua Eropah. Terdapat sebuah negara di Eropah yang ditawarkan iaitu Poland.
Poland ialah sebuah negara yang bersempadan dengan negara Jerman dan terletak bersebelahan dengan Laut Baltic. Pelajar yang belajar ke sini akan rasai pengalaman baru. Di mana Poland mengalami 4 musim sepanjang tahun.
Jadi, bidang apa yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult bagi negara Poland? Bidang yang ditawarkan ialah perubatan, seni bina, kewangan dan akaun, teknologi maklumat, kejuruteraan eltrik, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan aeronautik, kejuruteraan sivil, perniagaan antarabangsa dan banyak lagi.
Universiti di Poland juga telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia dan Majlis Pergigian Malaysia.
![]()
Warsaw University of Technology merupakan sebuah universiti teknikal yang dibina berdasarkan dengan bidang tradisional yang terkenal di Warsaw. Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1915 telah mendapat tempat pertama sepanjang 9 tahun.
Vincent Pol University telah ditubuhkan pada tahun 2000. Institusi ini menawarkan bidang pengurusan perniagaan kepada pelajar-pelajar. Universiti ini telah mendapat jumlah pelajar telah meningkat kepada 1200 pelajar.
Universiti Medical of Lodz ialah Universiti Terbaik Perubatan pada tahun 2013. Pelajar di sini akan diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
![]()






