MP Kudat telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan terhadap semua netizen di media sosial. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ialah berkenaan dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah cuma ingin mendapatkan jumlah penonton Youtube sahaja.
Malah, Abdul Rahim Bakri selaku MP Kudat berkata pegawainya telah melakukan siasatan terhadap penduduk kampung tentang keberadaan Veveonah. Mereka berkata Veveonah sudah lama tidak tinggal diĀ situ, Kampung Sepatalang kerana bapa kepada Veveonah bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di Pekan Pitas.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kudat itu sempat membuat tangkapan skrin terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu.
MP Kudat + Timb Menteri PN, yang telah beri maklumat pada Timb Menteri Zahidi, keluar FB post tentang Veveonah.
Panjang status, tapi ringkasannya, dia curiga dengan motif video, tetapi dia berjiwa besar dan tak salahkan anak muda yg buat kesilapan… https://t.co/fvFkMvYC7g pic.twitter.com/wOFcrWaade
— Syahredzan Johan (@syahredzan) September 7, 2020