Tular di media sosial apabila terlihat video yang merakamkan air warna ungu yang mengalir di dalam sebuah longkang. Rakaman itu dirakam ketika hujan sedang lebat yang mana air tersebut mengalir ke loji rawatan air utama. Disebabkan air itu, hampir 1.2 juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah terputus bekalan air.

Namun, beberapa hari yang lalu, kilang yang melepaskan bahan pelarut secara sembarangan ke dalam Sungai Gong telah dikenakan tindakan di mana kilang itu akan disita dan dikompaun serta merta, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai tersebut merupakan bahan pelarut yang perlu dibuang dengan prosedur yang telah ditetapkan. Angkara tindakan tidak bertanggungjawab itu, hampir 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air bersih.
Isu air di Selangor telah lama berlaku disebabkan oleh pencemaran sungai yang dicemari dengan sisa toksik. Penduduk di sekitar Lembah Klang telah mula lali dengan isu ini memandangkan ianya berlaku setiap tahun.
– September 2020

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here