Madrasah Daulah kini sedang membuka program Maahad Buuth kepada mereka yang belajar ke luar negara tanpa memerlukan sebarang sijil. Madrasah Daulah membuka tawaran belajar bermula dari umur 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Malah, madrasah ini juga terletak di negara Mesir tau!
Madrasah Daulah telah bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang mana pelajar lepasan madrasah ini akan diserap masuk ke universiti itu dalam peringkat seterusnya. Mereka yang hendak berdaftar boleh berdaftar di bawah Daulah Educonsult.
Walaubagaimanapun, pelajar yang berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth sebaliknya mereka akan menduduki ujian dahulu. Ujian yang dipanggil Ujian Imtihan Qabul adalah ujian wajib kepada pelajar yang ingin masuk ke Maahad Buuth. Justeru itu, Madrasah Daulah telah menyediakan kelas kepada mereka.

Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab yang mana pelajar akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian di dalam kelas berkenaan ialah selama tidak kurang daripada setahun.
Subjek yang akan diajar kepada pelajar ialah
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Apa yang menariknya lagi, Madrasah Daulah pun mengajak pelajar untuk belajar di luar tau! Bukan sahaja belajar di dalam kelas, mereka juga diberi kelonggaran untuk menjelajah sendiri untuk mendapatkan pengalaman baharu di luar.
Tapi janganlah risau sebab mereka di sana akan dijaga oleh Mudir. Mudir ini lah yang bertanggungjawab menjaga pelajar sepanjang di Madrasah Daulah. Jadi, segala makan minum dan keselamatan mereka akan sentiasa dipantau baik oleh Mudir.
Jadi sudah sampai waktunya untuk pelajar-pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah 100% dalam Bahasa Arab. Ujian ini yang akan menentukan pelajar untuk memasuki program Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang menyediakan tingkatan dari tingkatan 1 hingga 6. Tempoh pengajian pula ialah selama 6 tahun.
Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang mana kelas ini akan diajar dalam Bahasa Arab. Pelajar yang tidak melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor dan tempoh pengajian adalah kurang daripada satu tahun. Maahad Buuth adalah pengajian yang sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Akhir sekali, selepas tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Disebabkan pelajar didedahkan dengan Pengajian Islam sepanjang di Madrasah Daulah, mereka ditawarkan bidang syariah, usuluddin dan Bahasa Arab. Di sini pelajar akan masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Senang sahaja nak belajar. Pastikan niat untuk belajar itu sentiasa ada dan jangan mudah putus asa. Sebarang pertanyaan, hubungi sahaja nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)        

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here