Kerjaya sebagai seorang rider kini adalah sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana sepanjang Malaysia menghadapi pandemik COVID-19 ‘abang rider’ adalah individu terpenting yang bertugas menghantar pesanan makanan dan barangan serta sebagainya. Ianya berlaku kerana rakyat Malaysia mematuhi arahan kerajaan untuk kekal di rumah sahaja.

Memang banyak syarikat baru yang menawarkan pekhidmatan e-hailing ini. Namun banyak juga diantara mereka yang tidak mampu bertahan dengan persaingan sedia ada. Berbeza di Safer, mereka tetap kuat dan teguh dalam menghadapi onak dan duri walaupun ekonomi Malaysia dijangka hanya pulih pada tahun 2021.

Safer jalankan perkhidmatan penghantaran penumpang, makanan dan juga barangan. Oleh itu, Safer perlukan ramai rider untuk menghantar makanan dan juga barangan melalui Safer Food dan Safer Delivery. Pendaftaran adalah percuma namun terdapat sedikit bayaran yang perlu dilunaskan dan akan akan diberikan baju dan juga thermal box.

Lakukan pendaftaran terlebih dahulu sebagai rider di Safer : http://tinyurl.com/ycetm3vh

BACA JUGA :   Konsultan SAFER FOOD Mampu Jana Pendapatan Sampingan

Anda perlu muat turun aplikasi Safer Driver  di Google Play Store dan App Store . Muat turun adalah percuma. Aplikasi ini sangat penting untuk memudahkan anda menguruskan akaun anda dan menerima pesanan untuk Safer Delivery dan Safer Food.

Abang rider yang sudah mendaftar bersama Safer akan bekerja di Safer Food dan Safer Delivery. Di Safer Food, anda akan menghantar pesanan makanan yang dipesan oleh pengguna Safer di Safer Food Merchant yang berdaftar. Penghantaran kebiasaanya dilakukan dengan menggunakan motorsikal.

Di Safer Delivery pula anda abang rider akan menghantar barangan seperti dokumen, bungkusan, alatan elektronik bahkan makanan juga.

Terdapat banyak kelebihan jika anda sertai Safer sebagai rider. Antaranya adalah Safer sediakan dua jenis pendapatan yang boleh dijana oleh dalam masa yang sama. Tambahan, dengan waktu bekerja yang fleksibel memudahkan rider untuk bekerja secara sepenuh masa atau separa masa. Caj penolakan juga berbaloi.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Aktif dan Pasif Sebagai Rakan Penghantar Dan Pemandu Safer

Pendapatan aktif dan pasif boleh dijana dalam masa yang sama sebagai rider Safer. Pendapatan aktif diperoleh ketika anda bekerja keras bersama Safer manakala pendapatan pasif pula anda peroleh melalui perkongsian refferal code. Referral code diperoleh selepas anda selesai melakukan pendaftaran.

Anda boleh kongsikan referral code anda kepada rakan dan ahli keluarga sama ada lelaki atau perempuan yang menepati syarat untuk menajdi seorang rider. Anda perlu pastikan mereka mendaftar sebagai rider Safer dengan menggunakan referral code anda. Anda akan nikmati sehingga 1% setiap kali rider yang mendaftar menggunakan referral code anda dapat job bersama Safer.

Jumlah 1% itu akan masuk secara automatik ke dalam akaun wallet Safer anda.

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here