Pernah dengar tak belajar ke peringkat antarabangsa tanpa memerlukan sebarang sijil? Madrasah Daulah lah jawapannya. Madrasah ini tidak memerlukan sebarang sijil pun untuk berdaftar masuk ke situ. Tetapi bagi yang berminat untuk belajar boleh daftar ke sini. Madrasah Daulah membuka tawaran pendaftaran bermula dari umur 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.
Sepanjang belajar di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh Mudir iaitu orang dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelajar. Di sana terdapat ramai pelajar dari negara lain juga. Mereka yang telah berdaftar akan memasuki kelas Sanad Tahsinul Quran dan Markaz Nile. Kelas tersebut adalah sebagai persediaan untuk menduduki ujian.
Ujian ini juga adalah penentuan kepada pelajar untuk memasuki ke Maahad Buuth. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 Al-Quran. Pelajar juga akan diberi kelonggaran untuk belajar ke luar kelas mencari ilmu baharu. Tempoh pengajian di dalam kelas tersebut ialah selama 1 tahun atau 2 tahun.
Subjek yang akan diajar di dalam kelas tersebut ialah :
    • Tahsiinul Quran
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Ujian Imtihan Qabul akan diberikan dalam Bahasa Arab. Di sini, mereka akan dinilai berdasarkan kefahaman mereka dalam menjawab ujian tersebut. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth manakala pelajar yang tidak lepas akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Maahad Buuth ialah sekolah menengah. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang mana tempoh pengajiannya adalah selama 5/6 tahun dari tingkatan 1 hingga 6. Sepanjang di Dirosoh Khossor, pelajar akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya.
Selepas habis pengajian di Madrasah Daulah, mereka akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mereka akan diberikan bidang Pengajian Islam yang mengikut kepada pecahannya iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun.
Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Madrasah Daulah, sila hubungi dan layari laman web yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here