Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah tahfiz yang telah bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar yang terletak di Mesir. Madrasah ini juga terletak di Mesir dan menawarkan pembelajaran tanpa memerlukan sebarang sijil pun. Pendaftaran ke Madrasah Daulah adalah terbuka dari usia 12 hingga 31 tahun.
Tidak kira lelaki atau perempuan, Madrasah Daulah akan menerima untuk berdaftar. Tapi 12 tahun dah belajar ke Mesir? Jangan risau sebab Madrasah Daulah telah pun menyediakan Mudir yang ditugaskan untuk menjaga pelajar-pelajar sepanjang mereka belajar di Mesir. Selain daripada itu, mereka juga akan ditemui bual sebelum melakukan pendaftaran untuk memastikan mereka benar-benar berniat untuk belajar.
Mereka yang sudah berdaftar akan dimasukkan ke kelas iaitu Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas bahasa Arab yang mana pelajar akan diajar Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian di dalam kelas itu adalah hanya kurang daripada setahun.
Kelas tersebut adalah bertujuan untuk mempersiapkan pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian itu juga adalah penentuan untuk pelajar masuk ke Maahad Buuth. Ujian tersebut adalah sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Subjek yang diberikan ialah
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh