Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah atau sekolah tahfiz membantu pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil belajar ke Mesir. Mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil mahupun mendapat keputusan yang kurang memuaskan, boleh sambung ke Madrasah Daulah.
Sebelum memasuki ke program Madrasah Daulah, mereka akan ditemu bual dan diberikan khidmat konsultan secara percuma kepada pelajar. Pelajar yang ingin memasuki ke Madrasah Daulah perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar.
Malah, Madrasah Daulah juga menawarkan pembelajaran ke Mesir kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun. Mereka yang berusia 12 tahun sudah boleh ke Mesir untuk belajar! Tapi keselamatan mereka tidak perlu di risau kerana mereka akan dijaga oleh Mudir iaitu penjaga pelajar Madrasah Daulah.
Madrasah Daulah juga menyediakan program Maahad Buuth kepada pelajar. Namun untuk memasuki ke Maahad Buuth, mereka perlu memasuki kelas yang disediakan oleh Madrasah Daulah serta menduduki ujian yang disediakan untuk melepasi masuk ke Maahad Buuth.
Kelas tersebut ialah Markaz Nile iaitu Kelas Bahasa dan Sanad Tahsinul Quran iaitu kelas khatam Al-Quran. Kelas tersebut akan dijalankan di luar Madrasah Daulah dan mereka juga akan menjelajah ke banyak tempat untuk mendapatkan banyak lagi ilmu. Subjek yang akan diberikan ialah
  • Tahsiinul Quran
  • Tahfizul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Umum
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Tempoh pengajian di dalam kelas sebelum ke Maahad Buuth ialah tidak lebih daripada satu tahun. Pelajar akan menduduki Ujian Imtihan Qabul untuk menentukan pelajar lepas memasuki ke Maahad Buuth. Soalan dalam ujian tersebut adalah dalam bahasa Arab.
Sebelum terlupa, pelajar akan diajar dalam Bahasa Arab sepanjang di dalam kelas yang disediakan oleh Madrasah Daulah. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan masuk ke Maahad Buuth iaitu menengah. Pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan masuk ke Dirosoh Khossor.

Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun yang bermula dengan tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Tempoh pengajian di Dirosoh Khossor pula ialah tidak kurang daripada setahun, paling maksimum hanya setahun sahaja.
Di sini, setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan diserap masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelajar akan ditawarkan bidang syariah, usuluddin dan Bahasa Arab.
Kesimpulan, tiada sijil tiada masalah untuk belajar ke Mesir. Jika runsing di mana untuk sambung belajar, Madrasah Daulah sedia membantu.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here