Rusia merupakan salah sebuah negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar yang berminat untuk sambung pengajian ke luar negara.
Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult kepada pelajar yang ingin sambung pengajian ke Rusia ialah perubatan, pra-perubatan, gerontology, perniagaan antarabangsa, kejuruteraan pesawat dan banyak lagi.
Universiti yang ada di Rusia ialah Kursk State Medical University yang mana universiti ini merupakan 10 universiti terbaik di Rusia dalam bidang perubatan.
Malah, universiti ini juga merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam bidang perubatan. Bidang yang ada di sini ialah perubatan dan pra-perubatan.
![]()
Tambahan pula, sesuatu yang menarik tentang KSMU ini ialah universiti menawarkan pembayaran yuran dengan kaedah lock-fee. Kaedah lock-fee itu ialah yuran yang tidak berubah-ubah dan dibayar mengikut kepada mata wang Malaysia.
Jadi pelajar tidak perlu risau kerana tiada cas tambahan atau perkhidmatan yang akan dikenakan.
Universiti lain yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar ialah Volvograd State Medical University dan Privolzhsky Reserach Medical University. Kedua-dua universiti mempunyai bidang yang sama seperti KSMU tetapi tidak sama dengan bayaran pendaftaran mereka.
![]()
Tidak lupa juga terdapat bidang kejuruteraan pesawat di Rusia iaitu Moscow Aviation Institute yang terletak di bandar Moscow. Di sini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh pelajar lawati. Pelajar yang memasuki ke universiti akan ditawarkan peringkat Diploma Kejuruteraan Aircraft dan juga Ijazah Kejuruteraan Aircraft.
![]()





