Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengatakan bahawa terdapat 10 orang artis dan selebriti lagi dalam senarai. Mereka dikehendaki dan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan dengan pengubahan wang haram.
Pengubahan wang haram tersebut melibatkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian. Tambahan, 10 artis dan selebriti tersebut perlu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Mneurut pihak SPRM lagi, mereka telah memberi tempoh hampir dua minggu kepada 9 individu dan 2 instafamous untuk beri keterangan secara sukarela. “Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama”.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata “Tidak kira selebriti atau sesiapa pun yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampik sebelum kami panggil”.
Beberapa hari yang lalu, SPRM memanggil seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita untuk mmebantu siasatan berhubung dengan Macau Scam. Malah, pihak SPRM memanggil artis tersebut apabila tiada siapa yang tampil secara sukarela.
Pada 8 Oktober yang lalu, pihak SPRM telah memanggil kesemua selebriti dan ahli perniagaan yang terlibat dengan aktiviti haram ini untuk tampil membantu siasatan. Perkara ini adalah bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang terlibat dalam masa terdekat.
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...