Safer sedang giat mencari mereka yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta atau motorsikal untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver.
Mereka juga boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak.
Apa yang menarik lagi ialah pendaftaran juga dilakukan secara percuma. Sebelum melakukan pendaftaran, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah mempunyai kad pengenalan, lesen B2 atau D1 dan gambar profil.
Selain itu, mereka juga perlu memuat naik beberapa dokumen ke dalam aplikasi SAFER DRIVER. Namun, kesemua maklumat tersebut perlu maklumat yang betul dan sahih supaya pendaftaran akan menjadi lebih mudah dan lancar.
    • Roadtax
    • Geran
    • Insurans
    • Akaun bank
Maklumat yang disenaraikan perlu maklumat yang betul kerana sekarang terdapat segelintir warga asing telah mendaftar sebagai pemandu e-hailing. Kes ini telah berlaku di negeri di bawah bayu, Sabah yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab menjual maklumat palsu.
Selain itu, mereka yang hendak berdaftar sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer perlu mempunyai lesen PSV dan EPV. Kedua-dua lesen ini adalah lesen wajib yang perlu ada seperti ditegaskan oleh Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Lesen PSV boleh didapatkan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan perlu menjalani beberapa proses dan ujian. Manakala EPV ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh syarikat Safer.

Perkhidmatan yang akan mereka pilih sebagai pemandu kenderaan e-hailing ialah Safer Ride. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang mereka boleh pilih.
    • SaferGo : kereta yang telah dikeluarkan dari tahun 2011 hingga 2020 tidak kira kereta jenis hashback atau sedan. Contoh kereta seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Perdana dan banyak lagi.
    • SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk. Contoh kereta adalah seperti Perodua Alza, Proton Exora dan banyak lagi.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contohnya adalah seperi BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti jauh lebih besar daripada MPV. Contohnya seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
Mereka yang berdaftar  sebagai Safer Delivery Partner pula boleh pilih kenderaan jenis apa yang hendak mereka daftarkan. Safer Food ialah perkhidmatan untuk menghantar makanan manakala Safer Delivery ialah perkhidmatan untuk menghantar barang.

Bagi mereka yang hendak berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver, muat turun sahaja aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Boleh juga lakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Malah, mereka yang berdaftar dengan Safer akan jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak. Pendapatan aktif ialah pendapatan yang diperoleh secara langsung. Apabila pengguna membuat bayaran pada perkhidmatan yang dipilih, maka itu adalah pendapatan aktif.
Pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung. Pendapatan pasif diperoleh dengan hanya kongsikan referral code kepada orang ramai.
Bila ramai yang berdaftar di bawah kod tersebut dan menjalankan tugas sebagai Safer Delivery Partner atau Driver, maka mereka akan jana komisen.
Komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan.
Menarik bukan? Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here