Safer telah membuka peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
Mereka yang mempunyai kenderaan atau kereta sendiri boleh berdaftar sebagai pemandu e-hailing Safer dengan pendaftaran secara percuma.
Selain itu, mereka yang berdaftar sebagai pemandu Safer boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara berterusan.
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperoleh secara langsung daripada bayaran yang dibuat oleh pengguna.
Manakala pendapatan pasif pula ialah pendapatan yang dijana dengan hanya kongsikan referral code sahaja. Referral code tersebut perlu dikongsikan kepada orang ramai. Apabila ada yang berdaftar di bawah kod tersebut dan menjalankan job, maka mereka akan dapat komisen daripada itu.
Komisen yang akan diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Semakin banyak yang berdaftar dan menjalankan job, maka semakin banyaklah komisen yang akan diperoleh.
Pemandu e-hailing Safer ialah mereka yang akan membawa pengguna ke destinasi pilihan mereka. Malah, terdapat beberapa jenis kenderaan yang mereka boleh daftarkan kenderaan sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
    • SaferGo : kereta yang mempunyai empat atau lima tempat duduk. Kereta jenis ini tidak kira samada kereta jenis sedan atau hashback.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contoh kereta ini adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.

    • SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk di dalamnya. Contoh kereta adalah seperti Proton Exora, Proton Alza, Toyota Avanza dan banyak lagi.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai saiz jauh lebih besar berbanding dengan MPV. Contoh kereta ini adalah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan banyak lagi.
Tambahan, sebelum mereka lakukan pendaftaran sebagai pemandu kenderaan e-hailing, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah kad pengenalan, lesen kenderaan jenis D1 atau B2 dan gambar profil.
Kenderaan pula hendaklah kenderaan yang telah dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Kenderaan ini adalah perlu bagi semua jenis kenderaan yang hendak didaftarkan sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.

Mereka yang berdaftar juga perlu mempunyai lesen PSV dan EPV. Lesen PSV ialah Public Service Vehicle yang boleh didapatkan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Manakala lesen EPV ialah E-Hailing Public Vehicle yang akan diuruskan sendiri oleh Safer.
Kedua-dua lesen itu adalah wajib seperti arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong. Malah, maklumat yang hendak dimuat naik bagi lakukan pendaftaran juga perlu maklumat yang sahih dan jelas.
Terdapat beberapa pemandu kenderaan e-hailing menggunakan maklumat yang palsu dan menyamar sebagai warganegara Malaysia. Mereka mendapatkan maklumat tersebut daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tindakan polis akan dikenakan sekiranya didapati maklumat yang dimasukkan adalah tidak sah. Bagaimana hendak melakukan pendaftaran? Tekan sahaja link yang tertera di bawah untuk lakukan pendaftaran.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Mereka juga boleh muat turun aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Pendaftaran adalah percuma!
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here