Kepada mereka yang mempunyai kenderaan sendiri dan berminat untuk menjadi Safer Delivery Partner dan Driver. Anda dialu – alukan untuk mendaftar dengan Safer untuk menjadi driver dan rider Safer.

Pengaktifan untuk menjadi Safer Delivery Partner dan Driver adalah selama 24 jam sahaja. Pendaftaran juga adalah secara percuma. Bagi mereka yang berminat pastikan anda memenuhi syarat untuk menjadi driver dan rider Safer.

Syarat yang disediakan oleh Safer ialah berumur 18 tahun dan ke atas. ia terbuka kepada lelaki dan perempuan untuk menjadi driver dan rider Safer. Pastikan anda memiliki kenderaan anda sama ada motor ataupun kereta. Anda juga perlu mempunyai lesen D1 ataupun B2. Memiliki telefon pintar adalah penting untuk mengambil job dan pastika ia boleh mengakses internet.

Driver dan rider perlulaj memyediakan dokumen penting seperti roadtax, insurans, geran dan juga maklumat akaun bank. Ini penting untuk melakukan urusan pendaftaran dengan Safer.

BACA JUGA :   Sertai Safer Untuk Menjual Makanan Secara Atas Talian.

Terdapat banyak kelebihan menjadi rider dan driver Safer. Antaranya ialah anda boleh mendapat dua jenis pendapatan iaitu pendapatan aktif dan pasif. Pendapatan aktif ialah pendapatan yang driver dan rider dapat setelah melakukan job – job yang diterima melalui aplikasi Safer. Lagi banyak job dilakukan, lagi tinggi pendapatan aktif anda.

Driver dan rider Safer juga boleh memperoleh pendapatan pasif dengan mengongsikan referral code mereka kepada kenalan. Lagi banyak anda kongsikan referral code anda, lagi banyak pendapatan pasif yang anda akan dapat.

Jika anda berminat untuk menyertai Safer sebagai driver dan rider. Muat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple App Store.

Safer Driver di Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
Safer Driver di Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH

Terdapat beberapa perkhidmatan Safer yang boleh dilakukan oleh driver dan rider. Antaranya ialah Safer Ride, Safer Delivery dan juga Safer Food. Safer Ride adalah perkhidmatan menghantar penumpang ke rumah dengan menggunakan mana – mana perkhidmatan kereta yang dipilih oleh penumpang. Antara perkhidmatannya ialah SaferGo, SafeGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge.

BACA JUGA :   Nikmati Penghantaran Percuma Di Safer Food - Order Segera!

Selain itu, Safer Delivery merupakan perkhidmatan menghantar barang ke rumah atau destinasi pilihan pengguna. Terdapat dua pilihan yang pengguna boleh pilih. Ianya ialah Single Delivery dan Multi Delivery. Single Delivery ialah menghantar barang ke satu lokasi dan Multi Delivery ialah menghantar barang ke beberapa lokasi.

Safer Food ialah menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh pengguna secara atas talian melalui aplikasi Safer.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami dan layari juga media sosial kami untuk mengetahui perkembangan terkini.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here