Syarikat Safer merupakan sebuah syarikat e-hailing yang menyediakan perkhidmatan seperti penghantaran barang/ makanan dan menghantar penumpang. Safer kini sedang giat mencari driver dan rider Safer untuk melakukan tugas – tugas penghantaran.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Safer ialah perkhidmatan menghantar makanan (Safer Food). Anda akan menghantar makanan yang telah dipesan oleh pelanggan secara atas talian ke destinasi yang di pilih.

Bagi perkhidmatan menghantar barang (Safer Delivery), driver atau rider perlu menghantar barangan tersebut ke tempat yang ditentukan oleh pelanggan. Di Safer Delivery, terdapat dua jenis pilihan penghantaran yang pelanggan boleh pilih. Ianya ialah Single Delivery dan Multi Delivery. Single Delivery ialah menghantar barang pelanggan ke satu lokasi sahaja. Manakala, Multi Delivery pula menghantar barangan pelanggan ke banyak lokasi.

Perkhidmatan menghantar penumpang (Safer Ride) ialah perkhidmatan menghantar penumpang ke tempat yang ingin dituju mereka. Terdapat 4 perkhidmatan yang disediakan di Safer Ride. Penumpang boleh memilih sama ada mahu menggunankan perkhidmatan SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold ataupun Safer Indulge.

BACA JUGA :   Nak Jana Pendapatan Lumayan? SAFER Tunjukkan Anda Caranya !

Driver dan rider Safer berpeluang untuk menjana pendapatan dengan secara serentak. Pendapatan yang driver dan rider Safer akan peroleh ialah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Cara untuk memperoleh pendapatan aktif ialah dengan melakukan banyak job penghantaran. Lagi banyak job dilakukan lagi tinggi pendapatan aktif yang akan diperoleh.

Berbeza pula dengan pendapatan pasif, cara untuk mendapatkan pendapatan pasif ialah melalui perkongsian referral code. Referral code anda akan peroleh apbila anda sudah mendaftar dengan Safer. Sebanyak 1% yang anda akan peroleh jika kenalan anda mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan di Safer.

Pendaftaran untuk menjadi driver dan rider Safer adalah percuma dan untuk maklumat anda pengaktifan adalah selama 24 sahaja. Jika anda berminat untuk menjadi driver dan rider Safer, muat turun aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple App Store.

SAFER driver Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
SAFER driver Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH

Terdapat syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum menjadi driver dan rider Safer. Antara syarat yang ditetapkan ialah anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Selain itu, anda mestilah mempunyai kenderaan kereta atau motor dan lain – lain. Anda juga perlu memiliki lesen B2 atau D dan memiliki telefon pintar yang oleh mengakses internet.

Selain daripada syarat di atas, untuk menjadi driver dan rider Safer anda perlu menyediakan butiran roadtax, insurans, geran dan juga akaun bank. Diwajibkan juga untuk memilikilesen SPV dan EPV. Anda boleh mendapatkan lesen SPV di Jabatan Pengangkutan Jalan dan lesen EPV akan disediakan oleh Safer.

Berminat untuk menjadi driver dan rider kami? Daftar segera dan jika mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut sila layari laman web dan media sosial kami.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here