Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengatakan bahawa kes positif COVID-19 akan melonjak naik dalam seminggu atau dua minggu. Perkara ini adalah penyebab mengapa jumlah kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak. Ujian saringan atau ujian swab telah dilakukan di kawasan zon merah.
Kes positif COVID-19 pada 6 Oktober atau semalam adalah kes tertinggi setakat ini yang berjumlah 691 kes. Malah, kes ini juga melibatkan 4 kematian dalam masa satu hari sahaja. 4 Kematian tersebut membabitkan seorang bayi yang berusia 1 bulan. Selebihnya adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Pada jam 6 petang semalam, Perdana Menteri telah mengadakan Perutusan Khas secara Live di Facebook dalam kediaman beliau. Semasa Perutusan Khas itu, beliau telah menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.
Sebaliknya kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (PKPB) di kawasan yang terjejas sahaja. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah berkata sekiranya PKP dilaksanakan, sektor ekonomi negara akan terkena tempias dan merudum.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah menyampaikan perutusan khas situasi COVID-19 secara langsung di Facebook Live – FB Muhyiddin Yassin
Beliau juga tambah, dengan melaksanakan PKPB di kawasan zon merah sahaja tidak akan mengganggu aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain. Walaupun begitu, kesemua rakyat Malaysia tidak kira darjat dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Menurut kenyataan beliau kepada Berita Harian, “Setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Apa jua keputusan yang diambil, perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat kita yang keluar bekerja. Ini penting dan kestabilan ekonomi negara”.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here