Gangguan bekalan air di sekitar kawasan Kuala Selangor akan terjejas pada 13 Oktober ini, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.

Menurut notis yang dikeluarkan Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sg Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

Terdapat 28 kawasan di sekitar kawasan Kuala Selangor yang akan menghadapi gangguan air pada selasa minggu hadapan. Antara kawasan yang akan terlibat ialah :

  1. Bagan Tengkorak
  2. Jalan Ban Canai
  3. Jalan Kunci Air Buang
  4. Kampung Ampangan
  5. Kampung Pinang
  6. Kampung Seri Tiram Jaya
  7. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
  8. Kampung Haji Razali
  9. Kampung Melaka / Kampung Kilat
  10. Kampung Sungai Kajang
  11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  12. Kampung Ulu Tiram
  13. Kampung Tok Adam
  14. Lorong Bahagia
  15. Parit 1 Burong
  16. Seluruh Kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
  17. Seluruh Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
  18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23
  19. Taman Desa Jaya
  20. Taman Kopema
  21. Taman Radin Jaya
  22. Taman Sri Bakti
  23. Taman Sri Desa
  24. Taman Sri Jaya
  25. Taman Sri Setia
  26. Taman Sri Tanjong
  27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
  28. Taman Wawasan
BACA JUGA :   Pelajar IPT Perlu Lalui Prosedur Ketat Untuk Pulang Menyambut Aidilfitri.

Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:30 pagi dan akan pulih sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 13 Oktober 2020.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh dan juga tekanan air pada sistem agihan.

Gangguan bekalan air ini berlaku berikutan dengan pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih.

Air Selangor juga menasihatkan kepada para pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air yang secukupnya. Pengguna perlu menggunakan air secara berhemah di sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here