Safer telah membuka peluang kerja kosong kepada merek yang hendak jana pendapatan secara aktif dan pasif.
Safer juga menggalakkkan mereka yang mempunyai kenderaan sendiri untuk berdaftar sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
Pendapatan pasif ialah pendapatan yang dijana secara tidak langsung. Pendapatan jenis ini diperoleh dengan cara kongsikan referral code kepada orang ramai.
Apabila ada yang berdaftar dan menjalankan tugas sebagai Safer Delivery Partner atau Driver, mereka akan jana komisen daripada itu. Semakin ramai yang berdaftar semakin banyak komisen yang akan diperoleh daripada itu.
Komisen yang akan diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Tetapi lain pula dengan pendapatan aktif. Pendapatan aktif adalah diperoleh secara langsung.
Pendapatan jenis ini akan diperole apabila pengguna membuat pembayaran pada perkhidmatan yang mereka tempah di aplikasi Safer. Ramai yang menempah, maka makin banyak pendapatan aktif akan diterima.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat naik aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Selain itu, mereka juga boleh lakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Mereka yang hendak berdaftar perlu mengikuti beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Safer.
-
-
Kad pengenalan
-
Warganagera Malaysia sahaja
-
Lesen B1 atau D2
-
Gambar profil
-
Selain itu, mereka juga perlu memasukkan maklumat kenderaan supaya pengaktifan akaun dapat dilakukan dalam masa satu hari.
-
-
Geran
-
Roadtax
-
Insurans
-
Akaun bank
-
Kesemua maklumat yang dimasukkan hendaklah maklumat yang sah dan betul. Hal ini kerana, Menteri Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong mendapati terdapat sesetengah individu menjual maklumat kepada warga asing.
Ini boleh menyebabkan peluang pekerjaan ini akan dibolot oleh warga asing. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai lesen PSV dan EVP. Lesen PSV ialah lesen yang perlu diperoleh sendiri di Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ).
Manakala lesen EVP ialah lesen yang akan diuruskan sendiri oleh Safer. Jika kedua-dua lesen ini tidak dilengkapi, pendaftaran akan jadi tergantung. Namun, Safer tetap akan membantu mereka untuk lakukan pendaftaran.
Terdapat beberapa perkhidmatan yang pemandu bole pilih sebelum lakukan pendaftaran.
-
-
SaferGo : kereta yang dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Jenis ini tidak kisah jika keretanya ialah kereta sedan atau hashbak. Contohnya seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Perodua Perdana dan banyak lagi.
-
SaferGo Xtra : kereta MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk. Contohnya adalah seperti Perodua Alza, Proton Exora dan banyak lagi.
-
Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contohnya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
-
Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti jauh lebih besar berbanding MPV. Contohnya adalah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan banyak lagi.
-