Safer merupakan sebuah syarikat e – hailing. Seperti syarikat e – hailing yang lain Safer turut menawarkan perkhidmatan menghantar barang/ makanan dan juga menghantar penumpang.

Kini, syarikat Safer sedang mencari Safer Delivery Partner & Driver untuk menjadi rider dan driver Safer.

Kelebihan yang ada jika anda menjadi driver dan rider kami ialah anda akan dapat menjana pendapatan aktif dan pasif secara serentak.

Bagaimana mahu menjana pendapatan ini? Ianya mudah sahaja, pendapatan aktif akan diperoleh jika anda melakukan job penghantaran. Pendapatan aktif anda akan menjadi lebih banyak jika lagi banyak anda melakukan job penghantaran.

Manakala, untuk menjana pendapatan pasif anda perlu kongsikan referral code anda kepada kenalan dan ahli keluarga. Anda peroleh sebanyak 1% pendapatan pasif, jika kenalan anda mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan Safer.

BACA JUGA :   Gandakan Nilai eWallet Safer Sambil Jana Pendapatan Pasif

Apa je perkhidmatan di Safer ni? Perkhidmatan Safer ialah Safer Delivery (menghantar barangan ke lokasi yang dipilih), Safer Ride (menghantar penumpang ke destinasi pilihan) dan Safer Food (menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan secara atas talian).

Sekiranya anda berminat untuk menjadi driver dan rider Safer, pendaftaran boleh dilakukan di aplikasi Safer Driver. Muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store dan Apple App Store.

SAFER driver Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
SAFER driver Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH

Syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi driver dan rider Safer ialah:

  1. Memiliki kad pengenalan dir.
  2. Mempunyai lesen D1 atau B2
  3. Gambar profil

Butiran kenderaan yang perlu ada :

  1. Roadtax
  2. Geran
  3. Insurans
  4. Akaun Bank
BACA JUGA :   Perkhidmatan Di Aplikasi Safer Memudahkan Pengguna Safer

Selain itu, untuk menjadi driver dan rider Safer, anda diwajibkan untuk memilikilesen SPV dan EPV. Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.

Perkara ini penting krerana untuk mengelakkan diri anda di saman. Anda juga perlu memastikan segala butiran dan maklumat ialah sah dan tiada sebarang unsur penipuan.

Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here