Safer membuka peluang pekerjaan sebagai rakan penghantar Safer atau Abang Rider Safer. Mereka boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak melalui SAFER DRIVER.
Malah, Abang Rider Safer akan bantu menghantar barangan kepada penerima.
Bagaimana pendapatan pasif dan aktif berlaku? Pendapatan pasif ialah pendapatan yang dijana dengan referral code. Referral code tersebut boleh didapatkan melalui aplikasi SAFER DRIVER. Referral code itu boleh dikongsikan kepada orang ramai.
Jika ada yang berdaftar dan menjalankan tugas sebagai Safer Delivery Partner atau Driver, maka mereka akan peroleh komisen daripada itu. Semakin ramai yang berdaftar dan menjalankan tugas, semakin banyak komisen akan diperoleh.
Komisen yang akan diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Tetapi lain pula dengan pendapatan aktif. Pendapatan aktif dijana apabila pengguna membuat bayaran perkhidmatan pada abang rider.

Menarik bukan? Sebelum itu, mereka perlu patuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Safer.
    • Kad pengenalan
    • Lesen B2 atau D1
    • Gambar profil
Selain daripada itu, mereka juga perlu memuat naik beberapa maklumat kenderaan mereka. Maklumat tersebut hendaklah maklumat yang lengkap dan betul supaya pengaktifan akaun dapat dilakukan dalam masa satu hari.
    • Insurans
    • Geran
    • Roadtax
    • Akaun bank
Kesemua maklumat tersebut perlu pastikan maklumat yang sah dan sahih. Menteri Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong telah memberi amaran supaya mereka memasukkan maklumat yang betul. Ini bagi mengelakkan penipuan maklumat.
Hal ini kerana di Sabah terdapat beberapa orang tidak bertanggungjawab memalsukan maklumat dan jual kepada warga asing. Perkara ini akan membantutkan peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Selain itu, mereka yang hendak berdaftar sebagai Abang Rider Safer, mereka boleh perkhidmatan mana yang hendak didaftarkan atau bekerja. Terdapat  dua perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.
Safer Delivery ialah penghantaran barangan kepada si penerima. Terdapat dua jenis penghantaran yang mereka boleh pilih. Penghantaran tersebut ialah Single Delivery dan Multi Delivery.
Single Delivery ialah penghantaran barang yang hanya boleh ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa. Multi Delivery ialah penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi.
Safer Food pula ialah penghantaran makanan kepada pengguna. Makanan tersebut Abang Rider Safer perlu ambil di kedai makan kemudian dihantar ke rumah pengguna yang membuat tempahan.
Mereka yang hendak berdaftar sebagai Abang Rider Safer boleh berdaftar dengan hanya muat turun aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh klik sahaja link yang tertera di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Menarik bukan? Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here