Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 26 565 kes. Kebelakangan ini kes COVID-19 terus meningkat dan kes yang dilaporkan pada setiap hari berada di angka yang tinggi. Ianya sangat membimbangkan, tambahan pula dengan jumlah kes baharu yang telah dilaporkan pada hari Sabtu.

Jumlah kes baharu pada hari berkenaan adalah yang paling tinggi sepanjang pandemik ini melanda Malaysia iaitu sebanyak 1228 kes. Daripada jumlah tersebut, Sabah mencatatkan jumlah kes sebanyak 889 kes dan diikuti dengan negeri – negeri lain. Menerusi kenyataan akhbar KPK semalam, negeri Sabah masih mencatatkan jumlah tinggi untuk kes baharu iaitu sebanyak 533 kes.

Walaupun berlaku pengurangan di situ, jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam masih berada di angka tinggi iaitu sebanyak 823 kes.

Terdapat 9 kluster baharu yang dilaporkan semalam.

  1. Kluster Titir – Keningau, Sabah : 23 kes positif COVID-19, 12 kes baharu
  2. Kluster Omadal – Semporna, Sabah : 21 kes positif, 9 kes baharu
  3. Kluster Bandaran – Kota Kinabalu, Sabah : 12 kes positif, 5 kes baharu
  4. Kluster Jambul – Sandakan, Sabah : 8 kes positif, 1 kes baharu
  5. Kluster Bayan – Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang : 6 kes positif, 2 kes baharu
  6. Kluster Mentari – Petaling, Klang dan Gombak, Selagor : 17 kes positif, 5 kes baharu
  7. Kluster Jernih – Seremban, Negeri Sembilan : 15 kes positif, 11 kes baharu
  8. Kluster Seladah – Kuching dan Serian, Sarawak : 7 kes positif, 4 kes baharu
  9. Kluster Makekar – Johor Bharu dan Kulai di Johor, Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Klang di Selangor: 10 kes positif, 8 kes baharu
BACA JUGA :   Sonic The Hedgehog - Dari Video Game Ke Filem

Negeri Sabah kini mempunyai 17 daerah yang berada di zon merah. Daeran tersebut ialah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Tawau, Putatan, Penampang, Ranau, Beaufort, Kota Belud, Kinabatangan, Keningau, Kudat dan Tambunan.

Walaupun kes berlaku peningkatan, jumlah pesakit sembuh juga berada di angka tinggi. Menurut laporan KKM, pada Sabtu lepas kes pulih COVID-19 adalah sebanyak 671 kes dan semalam kes pulih adalah sebanyak 579 kes.

Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah sebanyak 17 134. Jumlah kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan ialah sebanyak 9202 kes. Manakala, jumlah kematian yang telah direkodkan ialah sebanyak 229 kes.

KKM juga menasihati rakyat Malaysia supaya mengikuti nasihat dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak KKM. Iaitu mengamalkan 3C/3S dan mengelakkan 3W. Malah, rakyat juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan dari terkena virus tersebut.

BACA JUGA :   Susun Semula Aktiviti Sepanjang PKP

Sumber : Kenyataan Akbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here