Berita yang sangat mengejutkan dan dilaksanakan secara tiba-tiba. Itulah reaksi masyarakat selepas mereka mendengar perutusan daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob. Konteks perutusan yang sangat mengejutkan itu ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang Valley.
Pelaksanaan PKPB akan dilaksanakan pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 di seluruh kawasan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Perintah ini dilaksanakan berikutan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat dan berselerak di 3 kawasan berkenaan.
Sungguhpun begitu, pelaksanaan PKPB perlu dilakukan bagi mengurangkan kes positif COVID-19 semakin berselerak ke negeri lain.

Susulan itu, Sabah juga akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi keseluruhan negeri Sabah yang akan bermula pada 13 Oktober 2020 jam 12.01 tengah malam ini. Pelaksanaan ini juga dilakukan bagi mengelakkan penularan virus ke kawasan lain.

Pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah bagi mengelakkan penularan ke kawasan lain. Ini boleh dilihat apabila kes paling banyak adalah di Klang, Petaling dan Gombak. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
  1. Pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Namun, mereka yang perlu merentas daerah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  2. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.
  3. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi perlu ditutup.
  4. Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.
  5. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak dibenarkan untuk beroperasi.
  6. Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan masih dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa yang terdekat.
Selain itu, kes positif COVID-19 semalam telah mencatatkan kes sebanyak 563 kes. Sebanyak 562 kes adalah kes tempatan dan 1 adalah kes import. Namun terdapat 2 korban yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 159 kematian. Kes sembuh pada 12 Oktober 2020 telah mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 109.

Tambahan, pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menimbulkan amarah netizen terutamanya apabila dilakukan secara tiba-tiba. Masa yang diberi sebelum PKPB adalah tidak cukup untuk mereka yang hendak pulang atau membuat persediaan.

-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here