Kes positif COVID-19 yang melanda negara kini masih kekal dengan tiga angka. SOP yang tekah dikeluarkan oleh kerajaan masih berjalan seperti biasa dan kerajaan telah menegaskan supaya supaya kesemua rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan.
Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa kes positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 adalah sebanyak 375 kes. 371 adalah kes tempatan manakala berbaki 4 adalah dari kes import. Malah, terdapat 5 kluster baru  telah ditemui iaitu 2 kluster adalah dari Sabah, 1 dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 dari Sarawak dan 1 dari Labuan.

Apa yang menyedihkan lagi ialah terdapat 5 kematian dalam masa satu hari. Kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas. Mereka ada yang mempunyai latar belakang penyakit tiga serangkai.
Kes kematian dan kes positif meningkat dengan banyak. Beberapa hari yang lepas, mukim Klang telah diarahkan oleh Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan untuk dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB). Pelaksanaan ini adalah kerana kes positif COVID-19 di mukim Klang tersebut melebihi 40 kes.
Penduduk di kawasan itu tidak dibenarkan untuk keluar dari mukim Klang kecuali mempunyai surat sokongan. Walaupun mukim Klang diarahkan untuk PKPB, sektor ekonomi tetap berjalan seperti biasa. Namun SOP masih tetap perlu dipatuhi sepanjang mereka menjalankan perniagaan.
Kebanyakkan kawasan di seluruh Malaysia telah mula dijangkiti dengan virus COVID-19 disebabkan oleh tiada penegasan untuk kuarantinkan diri. KKM juga telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter, mengatakan bahawa keberjangkitan COVID-19 kebanyakkannya di pusat beli belah di kawasan Klang Valley.

Tambahan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah berkata Malaysia kini sedang memasuki gelombang pandemik yang ketiga. Menurutnya lagi kepada Berita Harian, “Kita sekarang memasuki gelombang ketiga #COVID-19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita”.
-October 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here