Malaysia kini sedang berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 dengan peningkatan yang drastik . Terkini, pusat beli belah ternama iaitu One Utama telah pun ditutup untuk tempoh 14 hari ekoran terdapat kes positif yang wujud dalam kalangan pekerja. Catatan terbaru, sebanyak 63 kes positif COVID-19 dilaporkan dan dikenali sebagai Kluster One Utama.

59 darinya melibatkan kes di daerah Petaling Jaya dan baki 4 adalah kes di luar daerah Petaling. Seramai 6,000 yang merupakan pekerja di pusat beli belah tersebut telah disaring dan 16 darinya disahkan positif.

Aktiviti saringan turut dijalankan dalam kalangan pekerja keselamatan. 44 darinya telah disahkan positif COVID-19. Saringan yang dilakukan terhadap pengunjung One Utama (110 orang)bermula 14 Oktober 2020.

BACA JUGA :   Hubungan Perdagangan Malaysia-China Menjamin Kemajuan Industri Sawit Negara

Namun begitu, saringan terhadap semua pekerja tetap akan dilakukan dari semasa ke semasa. Pekerja yang didapati positif akan dikuarantinkan selama 14 hari dan akan jalani saringan susulan sebelum diberikan kebenaran pelepasan.

Dikhabarkan, pihak pengurusan One Utama perlu memastikan syarikat keselamatan melantik pekerja keselamatan yang baru dan bukan terdiri daripada kontak rapat kepada kes positif yang sedang berlaku.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here