Konsultan SAFER FOOD ialah orang diberi tanggungjawab untuk membantu peniaga berdaftar ke Safer Food Merchant. Justeru itu, Safer Food Merchant kini sedang giat mencari konsultan yang dapat membantu peniaga makanan. Pendaftaran sebagai konsultan Safer Food Merchant dibuka kepada sesiapa sahaja.
Mereka yang berdaftar sebagai konusltan dapat jana pendapatan dengan lumayan. Namun, sekiranya ada yang ragu-ragu dengan kesahihan mereka sebagai konsultan Safer Food Merchant, jangan risau. Ini kerana pihak Safer Food Merchant akan memberikan nombor siri kepada mereka.
Nombor siri berkenaan adalah sebagai bukti bahawa mereka sememangnya konsultan Safer Food Merchant yang sah. Jadi mereka akan memberikan khidmat konsultan bagaimana untuk berdaftar, uruskan perniagaan secara dalam talian dan banyak lagi.
Apa pulak dengan peniaga makanan? Peniaga makanan ialah orang yang mempunyai perniagaan makanan dan boleh berdaftar secara dalam talian. Bagaimana hendak lakukan pendaftaran? Hanya muat turun sahaja aplikasi SAFER FOOD menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh tekan link di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Siapa yang boleh berdaftar? Mereka ialah home kitchen, peniaga trak makanan, peniaga warung, restoran dan ramai lagi. Pendaftaran adalah percuma. Namun terdapat beberapa maklumat yang perlu ada.
-
-
Lesen perniagaan
-
Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
-
Sijil Halal
-
Kad pengenalan
-
Selain itu, mereka juga perlu membuat tetapan pada kedai mereka di dalam aplikasi SAFER FOOD.
-
-
Lokasi premis perniagaan
-
Waktu beroperasi
-
Menu makanan
-
Akaun bank
-