Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan namun persaingan di universiti dalam negara terlalu sengit? Sudah cuba lakukan permohonan ke universiti di luar negara tapi tidak berjaya juga? Deenamik cadangkan anda untuk mendaftar ke universiti perubatan di luar negara menerusi Daulah Educonsult. Mereka adalah konsultan pendidikan yang dipercayai dan menyediakan servis yang terbaik kepada pelajar.

Daulah Educonsult tawarkan pengajian perubatan di Kursk State Medical University iaitu bertempat di Rusia. Turut dikenali sebagai KSMU, universiti perubatan ini adalah antara yang berprestij dan telah diiktiraf oleh WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC. Antara universiti antaranbangsa TOP 10 di Rusia, universiti ini layak dipohon oleh pelajar lepasan SPM/IGCSE/IB/ASASI/MATRIKULASI/STPM/DIPLOMA & Setaraf.

Jika anda berminat, Deenamik nasihatkan pelajar untuk lakukan pendaftaran segera. Klik untuk lakukan pendaftaran awal di borang di bawah. Pihak Dualah Educonsult akan hubungi anda dengan segera.

https://bit.ly/32R1pPO

Kemasukan ke KSMU adalah terbuka dan banyak negara telah menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini. Tambahan, dengan jaminan kualiti pelajar yang terbaik, bukans atu alasan untuk tidak menghantar pelajar melanjutkan pengajian ke universiti perubatan ini. Walaupun jauh dari bandar Moscow, namun segala fasiliti dan kemudahan untuk pelajar adalah antara yang terbaik.

BACA JUGA :   Topeng Muka Ditempah Jerman Hilang di Kenya

Bagi memastikan pelajar menerima latihan klinikal yang terbaik, KSMU telah menjalinkan kerjasama dengan hampir 25 buah klinik dan hospital kerajaan untuk tujuan tersebut. Pelajar dapat merasai sendiri pengalaman bekerja di bidang sebenar. Konsep pembayaran yuran pengajian juga sedikit unik berbanding dengan universiti lain di Rusia.

KSMU mengamalkan sistem pembayaran LOCK FEE  untuk pelajar. Mereka hanya perlu membayar yuran tetap sahaja walaupun ketika itu nilai Ringgit Malaysia mengalami kenaikan atau kejatuhan. Faktor lain yang menjadikan KSMU pilihan utama pelajar dari seluruh negara adalah mereka antara universiti pertama di Rusia yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem kuliah. Ia memudahkan pelajar yang kurang fasih berbahasa Rusia untuk lebih memahami intipati pengajian.

Bagi pelaajr Muslim yang masih ragu-ragu untuk melanjutkan pengajian ke Kursk, buang jauh-jauh perasaan ragu dan takut itu. Umum mengetahui, Islam sudah diterima di negara Rusia. Oleh itu, makanan halal adalah sangat mudah didapati. Aktiviti keagamaan juga dibenarkan dengan bukti kewujudan masjid dan surau untuk beribadah.

BACA JUGA :   Gunakan Cecair Pembasmi Kuman 60 hingga 80 Peratus Alkohol

Daftar segera dan anda berplaung untuk rasai pengalaman melanjutkan pengajian di luar negara. Rusia adalah sebuah negara 4 musim. Sudah tentu, cabarannya lagi berganda untuk menyesuaikan diri di sana. Namun, Deenamik percaya untuk menuntut ilmu memerlukan sedikit pengorbanan.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here