Berminat dalam bidang perubatan namun persaingan di universiti tempatan sangat sengit? Ayuh teruskan pengajian anda di universiti perubatan terbaik di Rusia. Daulah Educonsult menyediakan universiti bertaraf antarabangsa dan TOP 10 iaitu Kursk State Medical University. Universiti yang turut dikenali sebagai KSMU ini terletak di bandar Kursk, Rusia.

Pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Pra Perubatan, Perubatan dan Gerontologi. Kesemua ini adalah bidang pengajian antara yang paling diminati oleh pelajar. Tambahan, KSMU telah melahirkan ribuan pelajar perubatan sejak tahun universiti ini wujud iaitu sekitar tahun 1935.

Kemasukan seterusnya untuk Ijazah Sarjana Muda adalah pada Oktober dan November 2020. Jika pelajar berminat, lakukan pendaftaran segera dengan hanya klik link di bawah. Pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda melalui borang pendaftaran di bawah :

https://bit.ly/32R1pPO

Kursk Sate Medical University menjadi pilihan pelajar kerana kemampuannya dalam melahirkan lepasan perubatan yang berkualiti. Tambahan, KSMU turut menyediakan fasiliti dan kemudahan perunatan antara yang terbaik untuk kegunaan pelajar. Universiti bertaraf antarabangsa ini bekerjasama dengan hampir 25 buah hospital dan klinik bagi memudahkan pelajar menjalani latihan klinikal sepanjang pengajian.

BACA JUGA :   Pengajian Islam Di Universiti Al-Azhar Bagi Lepasan STAM

Pelajar dari Malaysia memilih untuk melanjutkan pengajian ke KSMU kerana KSMU menawarkan pengajian dalam bahasa Inggeris. Mereka antara universiti pertama yang menggunakan medium bahasa Inggeris dalam sesi kuliah. Hal ini sekaligus memudahkan pelajar yang kurang fasih berbahasa Rusia untuk lebih memahami subjek yang diajar.

Sistem pembayaran yuran di KSMU juga agak berlainan dengan universiti lain di Rusia. Hal ini kerana pelajar KSMU hanya perlu bayar yuran tetap walaupun nilai Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan atau kenaikan pada ketika itu. Pelajar Muslim tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal di bandar Kursk ini. Makanan halal sangat mudah didapati dek kerana terdapat permintaan dari pelajar, pelancong bahkan penduduk setempat.

Rusia sebuah negara merdeka yang sudah berabad lamanya menerima pengaruh Islam. Buktinya dengan pembinaan rumah ibadah seperti masjid dan surau untuk beribadah. Tambahan, terdpat komuniti Malaysia di Kursk. Pelajar tidak perlu risau jika tidak mampu untuk bergaul bersmaa penduduk setempat kerana mereka sangat ramah dan penyayang.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Sediakan Pengajian Islam Di Universiti Indonesia & Mesir

Lakukan pendaftaran segera sebelum kuota bagi Oktober dan November ini penuh! Lakukan sesi konsultasi bersama konsultan terbaik di Daulah Eduonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here