Safer telah membuka peluang pendaftaran kepada mereka yang mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal dan kenderaan pacuan empat roda.
Selain itu, mereka juga boleh dapat pendapatan pasif dan aktif secara serentak di Safer.
Pendapatan pasif ialah pendapatan yang diperoleh secara tidak langsung. Pendapatan ini diperoleh dengan hanya kongsikan referral code kepada orang ramai. Apabila ada yang berdaftar dan menjalankan tugas di bawah kod tersebut, maka mereka akan jana komisen.
Komisen yang diperoleh adalah sebanyak 1% daripada caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna Safer. Semakin ramai yang berdaftar, semakin banyak komisen yang akan diperoleh.
Lain pula dengan pendapatan aktif yang dijana secara langsung.Pendapatan aktif dijana apabila pengguna membuat tempahan dan melakukan pembayaran pada perkhidmatan yang digunakan.
Mereka yang berminat hendak berdaftar sebagai Safer Delivery Partner atau Driver perlu, boleh lakukan pendaftaran dengan memuat naik aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh berdaftar dengan hanya klik sahaja link di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Mereka yang berdaftar sebagai Safer Driver atau pemandu kenderaan e-hailing Safer perlu mempunyai lesen PSV dan EVP. Kedua-dua lesen ini adalah lesen wajib ada yang telah diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong.
Lesen PSV adalah lesen yang perlu didapatkan di Jabatan Pengangkutan Malaysia (JPJ) manakala EVP ialah lesen yang diuruskan sendiri oleh Safer. Kedua-dua lesen ini adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan atau membenarkan orang asing berdaftar.

Mereka yang berdaftar sebagai Safer Delivery Partner atau rakan penghantar Safer perlu mempunyai sekurang-kurangnya lesen B2 atau D1 (lesen L bagi penunggang motorsikal). Mereka boleh perkhidmatan mana yang hendak ditugaskan.
Safer Food ialah perkhidmatan untuk rakan penghantar Safer menghantar makanan yang ditempah kepada pengguna. Safer Delivery ialah perkhidmatan untuk menghantar barangan kepada pengguna. Terdapat dua jenis penghantaran iaitu :
    • Single Delivery : penghantaran yang boleh ke satu lokasi sahaja.
    • Multi Delivery : penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here