Sebuah universiti yang telah menjadi pilihan pelajar untuk sambung belajar ke Rusia ialah Kurks State Medical University. Selain daripada Rusia, terdapat juga negara lain yang ditawarkan.
Antaranya ialah Mesir, Turki, Poland, Indonesia dan Bangladesh. KSMU ni terletak di Bandar Kursk, Rusia. Universiti ini telah tersenarai sebagai sebuah 10 universiti perubatan terbaik di Rusia.
Malah, KSMU merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris bagi praktikal dalam bidnag perubatan.
Tambahan, apa yang menariknya lagi ialah universiti mengenakan yuran pengajian secara lock-fee. Di mana yuran pengajian di KSMU adalah dibayar mengikut kepada mata wang Malaysia. Jadi pelajar tidak perlu risau kerana cas tambahan atau apa bunga tidak akan dikenakan.
Bidang yang ditawarkan dalam universiti ini ialah perubatan, pra-perubatan, gerontolgi dan farmasi. Pra-perubatan bidang yang sama dengan perubatan namun di peringkat yang berbeza. Pra-perubatan adalah sama taraf dengan asasi dalam perubatan atau Foundation in Medical.
Bidang pra-perubatan ialah bidang yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tempoh pengajian bagi bidang perubatan adalah selama 7 tahun.
![]()






