SAFER FOOD merupakan sebuah platform perniagaan yang dapat memperluaskan perniagaan makanan peniaga. Pelbagai jenis makanan boleh dijual melalui dalam aplikasi SAFER FOOD sahaja. Mereka yang hendak berdaftar adalah terbuka kepada home kitchen, restoran, peniaga warung, peniaga trak makanan dan banyak lagi.
Macam mana nak muat turun aplikasi SAFER FOOD? Mudah sahaja. Aplikasi SAFER FOOD boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi pengguna Android atau Apps Store bagi pengguna Apple. Mereka juga menawarkan cara pendaftaran dengan menggunakan link yang diberikan di bawah.
Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Mereka yang mempunyai perniagaan makanan boleh berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Namun sebelum melakukan pendaftaran, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah
-
Kad Pengenalan
-
Lesen perniagaan
-
Sijil halal
-
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kesemua ini adalah maklumat atau butiran yang perlu dimuat naik supaya pengaktifan dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, mereka juga perlu membuat beberapa tetapan pada perniagaan mereka.
-
Waktu operasi kedai
-
Menu makanan
-
Lokasi perniagaan
-
Butiran akaun bank