Empat orang rakan yang baru sahaja pulang dari perjalanan mereka bersiar-siar selepas tamat pengajian telah menemui ajal. Kejadian itu telah menggemparkan seluruh Malaysia apabila mereka berempat ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis MPV di sebuh stesen minyak.
Keempat-empat mereka ialah Nor Aqilah, Nor Adilah, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Sabri. Mereka berhenti seketika di stesen minyak di lebuhraya untuk berehat seketika selepas perjalanan yang agak jauh.
Mereka dipercayai tidak sedarkan diri akibat kebocoran gas karbon monoksida pada kenderaan yang dinaiki mereka. Hanya seorang sahaja yang selamat daripada kejadian itu iaitu Nor Aqilah Mohd Safwan, 21. Kelmarin, Nor Aqilah telah menunjukkan perkembangan positif daripada kejadian itu.
Oleh kerana Nor Aqilah menunjukkan sebarang kemurungan walaupun selepas diberitahu cerita sebenar mengenai pemergian kakak dan dua rakannya. Namun sebagai langkah awal, dia mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani ujian fisioterapi.
APA ITU KERACUNAN KARBON MONOKSIDA?
Keracunan karbon monoksida merupakan kebocoran atau pendedahan terhadap gas karbon monoksida pada konsentrasi dan tempoh masa yang tertentu. Malah, keracunan gas karbon monoksida juga boleh mengakibatkan kematian dan masalah perubatan. Namun bagi kes yang teruk atau kritikal, gas ini boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan dan kecacatan pada mental dan fizikal.
Menurut BERNAMA, Nor Adilah merupakan kembar kepada Nor Aqilah. Nor Adilah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospiatl Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Sama ada tekanan di tempat kerja, di rumah, atau dalam perhubungan, cara kita menghadapinya akan...
Menunggu keputusan UPU boleh menjadi satu tempoh yang penuh dengan ketidakpastian dan tekanan. Ramai pelajar menghabiskan masa berbulan-bulan menanti tanpa mengambil sebarang langkah alternatif....
Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang...