Terdahulu mutasi jenis D614G yang telah dikesan dalam penularan wabak COVID-19  yang membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) di Sabah, dikenal pasti datang dari Indonesia dan Filipina. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berbeza dengan mutasi jenis sama di Kedah yang dikesan berasal dari India.

Menurutnya lagi, Makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memang sudah mengenal pasti ‘strain’ yang dikesan dalam Kluster Pesakit Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga, Tawar dan Sungai di Kedah, dipercayai datang daripada India. Pihaknya juga turut melaksanakan kajian terhadap ‘strain’ virus di Sabah. Ia adalah D614G yang datang dari Indonesia dan Filipina.

Saintis menemui tentang mutasi jenis D614G tersebut pada Julai lalu, yang menjadikan virus COVID-19 memiliki kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Seperti yang dilaporkan terdapat 23 kluster dan 604 individu pulang yang pulang dari Sabah dikesan positif,  ini berkemungkinan besar mereka juga telah membawa jangkitan mutasi ini.

BACA JUGA :   Bulan Ramadan Dicemari, Banyak Iklan Judi Tular

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu lagi, kedua – dua kluster tersebut di dapati dalam keadaan terkawal berikutan dengan hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Tambahnya lagi, masyarakat kini perlu lebih berwaspada dan lebih berhati – hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.

Didapati mutasi tersebut 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’. Terdapat kemungkinan juga kajian vaksin yang sedang dilaksanakan tidak berkesan ke atas mutasi D614G.

Disebabkan itu, beliau menegaskan agar kita sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. SOP yang ditetapkan adalah penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

BACA JUGA :   Sudah Pupuskah Badak Sumbu Sumatera Kita?

Menurutnya lagi, masyarakat perlu bekerjasama agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 daripada terus menular dan bermutasi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here