Advance Dulu Lah! ialah sebuah program yang telah ditubuhkan oleh SAFER untuk membantu pengguna. Program ini dapat membantu pengguna untuk nikmati semua perkhidmatan yang telah disediakan oleh SAFER. Namun, bagi mendapatkan Advance Dulu Lah!, pengguna perlu membuat permohonan terlebih dahulu.
Mereka yang belum berdaftar sebagai USER atau pengguna SAFER boleh berdaftar sekarang. Caranya boleh muat turun aplikasi SAFER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan hanya klik sahaja link yang tertera di bawah.
User : http://tinyurl.com/y7p2xzjp
Siapa yang layak untuk membuat permohonan Advance Dulu Lah! ni? Mereka yang telah berdaftar sebagai pengguna SAFER yang sah. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan.
Syarat untuk membuat permohonan Advance Dulu Lah! ialah :
-
-
Berumur 18 tahun ke atas
-
Warganegara Malaysia sahaja
-
Kepada USER SAFER sahaja
-
Advance Dulu Lah! ialah penggandaan yang akan berlaku apabila permohonan telah diluluskan. Permohonan penggandaan boleh dimohon dengan maksima sebanyak RM50.
Sekiranya baki e-wallet SAFER hanya tinggal RM30, pengguna boleh membuat permohonan sebanyak RM30. Jadi penggandaan tersebut akan menjadi RM60 sekiranya permohonan diluluskan.
Sekiranya e-wallet SAFER berbaki RM100, pengguna boleh membuat permohonan sebanyak RM50. Jadi nilai e-wallet SAFER akan berganda menjadi RM150. Mudah sahaja kan?
Apabila baki keseluruhan e-wallet SAFER pengguna sudah kosong dan mereka membuat tambah nilai semula, maka penolakan akan berlaku. Jika membuat permohonan sebanyak RM30, maka RM30 akan ditolak dari nilai yang ditambah di e-wallet SAFER.
Dengan adanya penggandaan nilai e-wallet SAFER, mudahlah pengguna untuk mendapatkan semua perkhidmatan di SAFER. Perkhidmatan apa yang ada di SAFER?
SAFER RIDE
Jika pengguna ingin ke sesuatu destinasi pilihan mereka, boleh dapatkan perkhidmatan Safer Ride. Terdapat beberapa jenis kenderaan telah disediakan kepada pengguna. Antaranya ialah :
-
-
SaferGo : kereta jenis ekonomi yang mempunyai empat atau lima tempat duduk. Kereta ini sesuai untuk pengguna ke tempat harian seperti sekolah, pejabat, hospital pasar dan macam-macam lagi. Antara contoh kereta ialah seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Perdana dan macam-macam lagi.
-
Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Pengguna yang hendak ke sesuatu acara atau majlis sesuai untuk menggunakan kenderaan jenis ini. Contohnya seperti BMW, Mercedes, Porsche dan macam-macam lagi.
-
-
-
SaferGo Xtra : kereta MPV yang menyediakan enam hingga tujuh tempat duduk kepada pengguna. Pengguna yang ramai sesuai untuk dapatkan kenderaan jenis ini. Malah, keselesaan juga terjamin bagi mereka yang ingin bergerak jauh.
-
Safer Indulge : kereta yang mempunyai kapasiti lebih besar daripada MPV. Kereta ini sesuai untuk mereka yang ingin ke lapangan terbang. Jika kurang kenal atau ‘cam’, contoh kereta adalah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
-
SAFER FOOD
Perkhidmatan ini akan disediakan kepada pengguna yang ingin melakukan tempahan makanan secara dalam talian. Pelbagai jenis juadah telah disediakan di dalam perkhidmatan ini.
SAFER DELIVERY
Pengguna yang hendak menghantar barangan kepada pelanggan boleh dapatkan perkhidmatan ini. Penghantaran barang akan dihantar oleh Safer Delivery Partner. Terdapat beberapa jenis penghantaran telah disediakan kepada pengguna.
-
Single Delivery : penghantaran yang boleh ke satu lokasi sahaja dalam satu-satu masa.
-
Multi Delivery : penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi.