video source : Youtube Harian Metro
Menerusi sidang media PKPP yang berlangsung semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pekerja di sektor awam dan sektor swasta di peringkat pengurusan serta pentadbiran yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja di rumah bermula pada 22 Oktober ini.
Pekerja sektor awam dan swasta di kawasan perlaksanaan PKPB iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah perlu bekerja di rumah sehingga tempoh kawalan bersyarat tamat.
Menurutnya lagi, seramai 800 000 pekerja di sektor industri dan 200 000 penjawat awam yang terlibat. Arahan untuk bekerja di rumah adalah disebabkan peningkatan kes yang berlaku di kawasan tersebut. Tindakan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Tambahnya lagi, bagi pekerja yang perlu berada di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan, pengurusan, penguatkuasaan, dan kebajikan mendapat pengecualian untuk bekerja di pejabat.
Majikan perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap pekerja yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh PKPB.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memaklumkan tentang jenis pekerjaan dan juga prosedur operasi standard (SOP) menerusi kenyataan media yang akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan bagi pekerja yang menetap di kawasan Zon Merah pula diwajibkan untuk menjalani ujian swab COVID-19 dengan kos yang akan ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pelaksanaan PKPB di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah.
Kerajaan buat keputusan, pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu datang ke pejabat dan boleh kerja di rumah.
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) October 20, 2020
video source : Youtube Harian Metro