Kes positif COVID-19 telah meningkat dengan sangat mendadak. Sehingga ke 18 Oktober, kes meningkat sehingga mencecah 800 dengan kematian yang meningkat kepada 187 kematian.
Sungguhpun begitu, kes sembuh yang telah direkodkan semalam adalah sebanyak 701. Jumlah ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).
Hari ini telah masuk hari yang ke-6 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Lembah Klang dan Sabah. Kes positif di Sabah pada 18 Oktober adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 701 kes positif.
Ini merupakan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia yang mencabar bagi KKM untuk menghadapinya. Walaupun PKPB telah dilaksanakan di Lembah Klang dan Sabah, pelbagai sektor telah dibenarkan untuk beroperasi tetapi mengikut SOP yang ditetapkan.
Namun, KKM meminta untuk pelaksanaan PKPB ini diperketatkan di kawasan yang terlibat. Banyak kelonggaran yang telah dilakukan oleh kerajaan sepanjang PKPB ini seperti majlis perkahwinan, solat berjemaah dan pembukaan kemudahan sukan dengan jumlah peserta yang dihadkan.
Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) diperketatkan untuk mengurangkan penularan virus COVID-19. Tambahan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menyusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa yang terdekat.
Namun katanya kepada sidang media semalam, “Kita akan perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja”.
MENGENAL PASTI JENIS MUTASI KLUSTER DI LEMBAH KLANG
Tambahan Dr Noor Hisham kepada media, kajian untuk mengenal pasti jensi mutasi di Lembah Klang akan mengambil masa satu hingga dua minggu lagi. Ini adalah untuk mengenal pasti samada virus COVID-19 jenis D614G dikesan di negeri berkenaan.
Sebelum ini IMR pernah mengesan virus mutasi dalam kluster Sivagangga di Kedah, Sabah, Kluster Sungai di Kedah dan Kluster Ulu Tiram di Johor, katanya. Virus jenis itu merupakan virus mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi serta boleh meningkatkan risiko penularan lebih meluas.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang bermula pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Manakala di Sabah adalah pada 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...