Indonesia juga merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan, jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult. Universiti tersebut mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Pergigian Malaysia (MDC), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Majlis Veterinar Malaysia (MVC).

Kepada pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Indonesia, mereka akan terlebih dahulu dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah. Kolej Bersama Daulah ini terletak di Kuala Lumpur. Pelajar dimasukkan ke Kolej Bersama Daulah ini kerana sistem pembelajaran yang berlainan antara Malaysia dan Indonesia.

Daulah Educonsult telah membuka tawaran belajar di Indonesia untuk sesi September 2021 untuk beberapa buah universiti. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult. Para pelajar juga boleh memilih bidang pengajian yang mereka inginkan.

BACA JUGA :   Pilih Farmasi Sebagai Karier Terbaik Anda

Sebelum pelajar memulakan sesi pengajian, pelajar akan dibawake tempat – tempat pelancongan terlebih dahulu. Tempat – tempat yang akan pelajar kunjungi ialah seperti Danau, Toba, Bali dan lain – lain. Pelajar tidak perlu risau tentang bayaran, ini keran semua bayaran sudah pun dimasukkan semasa membuat pembayaran di Daulah Educonsult.

Universiti yang paling ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ialah Universitas Sumatera Utara. Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah pengajian tinggi awam yang terletak di bandar metropolis Medan.

Universitas Sumatera Utara

Universitas Sumatera Utara menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan yang telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952. Univertsiti itu juga merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera. Ianya merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa. Malah, universiti ini juga adalah yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan). Fakulti Kedokteran (Perubatan) ini telah didirikan pada 20 Ogos 1952. Pada 20 November 1957 Presiden Indonesia, Soekarno telah merasmikan Universitas Sumatera Utara universiti negeri ketujuh di Indonesia.

BACA JUGA :   Kelebihan dan Keindahan Bandar Kursk, Rusia.

Selain itu, universiti lain yang ditawarkan di Indonesia ialah ;

Universitas Islam Negeri Sultan Syaruf Kasim Riau

  • Menawarkan bidang pengajian islam, psikologi dan lain – lain.
  • Dibina pada mulanya sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Syarif Kasim Riau pada 19 September 1970.
  • Pada 4 Januari 2005 universiti ini dikenali sebagai Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

  • Salah satu universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult.
  • Universiti ini menawarkan bidang pengajian islam
  • Ditubuhkan pada tahun 1960.
  • Bidang pengajian islam yang ditawarkan ialah bidang usuluddin, tarbiyah dan syariah.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here