Kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah sering kita dengar. Lebih menyedihkan apabila pengguna jalan raya yang tidak bersalah turut terbabit dengan kemalangan sehingga meragut nyawa mereka.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyatakan bahawa pemandu mabuk akan dikenakan hukuman penjara. Penjara maksimum 20 tahun jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat. Malah, lesen memandu juga boleh digantung sehingga 20 tahun.

Menurutnya lagi, menerusi pindaan tersebut, bagi kesalahan pertama kadar penjara maksimun akan ditingkatkan daripada 10 tahun ke 15 tahun. Manakala, bagi kesalahan yang berulang kadar penjara adalah 20 tahun. Selain itu, kadar denda juga dinaikkan dan tempoh gantung lesen juga dicadang untuk dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun.

BACA JUGA :   COVID 19: Vaksin Percuma Akan Diberi Kepada Rakyat Secara Berperingkat

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut mengatakan pindaan itu dibuat agar memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pematuhan undang – undang. Ianya supaya masyarakat menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan memastikan jalan raya di negara kekal selamat.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu digubal dengan mengambil kira pandangan masyarakat menerusi soal selidik yang telah dijalankan olehย  kementerian melalui bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD).

Tambahnya lagi, berdasarkan soal selidik yang telah dibuat daripada 345,000 orang, sebanyak 94% mahu pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah dikenakan hukuman lebih berat.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here