Indonesia merupakan salah satu negara yang telah dipilih oleh Daulah Educonsult untuk sambung pengajian ke luar negara. Selain daripada Indonesia, terdapat juga negara lain yang ditawarkan. Antaranya ialah :
-
-
Rusia
-
Poland
-
Bangladesh
-
Mesir
-
Turki
-
Namun, kali ini akan diceritakan tentang universiti di Indonesia. Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Indonesia tidak akan mengahadapi masalah untuk mencari tempat makan atau solat.
Hal ini kerana, budaya dan cara kehidupan di Indonesia adalah sama dengan Malaysia. Pelbagai budaya dan adat boleh didapatkan di Indonesia yang hampir sama dengan Malaysia.
Daulah Educonsult membuka tawaran sambung belajar kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Namun pelajar lepasan SPM khususnya akan dimasukkan dahulu ke Kolej Bersama Daulah.
Pengajian di Kolej Bersama Daulah adalah setaraf dengan asasi. Sebelum mereka memasuki ke universiti yang dipilih, kolej ini adalah kolej pertama yang mereka akan pelajari. Kolej ini terletak di Kuala Lumpur.
Selepas itu, baru pelajar akan dimasukkan ke universiti pilihan mereka di Indonesia. Tambahan, sebelum mereka menunggu sesi pembelajaran atau orentasi bermula, pihak Daulah Educonsult akan membawa mereka bersiar-siar.
Mereka akan dibawa ke tempat pelancongan, tempat peranginan yang terkenal di Indonesia. Itu adalah salah satu perkara yang menarik apabila melanjutkan pelajaran ke Indonesia bersama Daulah Educonsult.
Universiti yang terdapat di Indonesia ialah Universitas Airlangga. Universiti ini terletak di Surabaya, Indonesia. Universitas ini telah ditubuhkan pada tahun 1851 dengan namanya yang pertama sebagai “Dokter Djawa School”. Bidang yang ditawarkan kepada pelajar ialah bidang perubatan yang mempunyai banyak pecahan.
![]()
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah universitas yang menawarkan bidang perubatan. Namun tempat ini bukan sahaja menawarkan bidang perubatan malah terdapat bidang pergigian dan farmasi. Ianya ialah Universiti Sumatera Utara. Pelajar Malaysia kebanyakkannya memilih untuk sambung ke USU.
![]()






