Kepada mereka yang mahu menjadi Safer Delivery Partner & Driver, untuk pengetahuan anda pendaftarannya adalah percuma. Malah, pengaktifan akaun anda adalah dalam tempoh 24 jam.
Untuk pengetahuan anda Safer merupakan sebuah syarikat e – hailing. Seperti syarikat e – hailing yang lain Safer turut menawarkan perkhidmatan menghantar barang/ makanan dan juga menghantar penumpang.
Safer sedang mencari Safer Delivery Partner & Driver untuk menjadi rakan penghantar dan rakan pemandu Safer. Kelebihan yang ada jika anda menjadi rakan penghantar dan rakan pemandu ialah anda akan dapat menjana pendapatan aktif dan pasif secara serentak.
Menjana pendapatan ini mudah sahaja, untuk pendapatan aktif anda akan memperoleh banyak pendapatan jika anda melakukan job penghantaran. Jumlah pendapatan aktif yang anda akan dapat bergantung kepada berapa banyak job penghantaran yang anda lakukan. Lagi banyak anda lakukan, lagi banyak yang anda akan peroleh.
Pendapatan pasif akan anda peroleh jika anda kongsikan referral code anda kepada kenalan dan ahli keluarga. Anda akan peroleh sebanyak 1% pendapatan pasif, jika kenalan anda mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan Safer.
Antara perkhidmatan yang disediakan di Safer ialah;
- Safer Delivery (menghantar barangan ke lokasi yang dipilih)
- Safer Ride (menghantar penumpang ke destinasi pilihan)
- Safer Food (menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan secara atas talian).
Sekiranya anda berminat untuk menjadi driver dan rider Safer, pendaftaran boleh dilakukan di aplikasi Safer Driver. Muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store dan Apple App Store.
SAFER driver Apple App Store : https://apple.co/2ZvyNeX
SAFER driver Google Play Store : https://bit.ly/2yp8ADH
Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi driver dan rider Safer ialah:
- Memiliki kad pengenalan dir.
- Mempunyai lesen D1 atau B2
- Gambar profil
Butiran kenderaan yang perlu ada :
- Roadtax
- Geran
- Insurans
- Akaun Bank
Selain itu, untuk menjadi driver dan rider Safer, anda diwajibkan untuk memiliki lesen SPV dan EPV. Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.
Perkara ini penting kerana untuk mengelakkan diri anda di saman. Anda juga perlu memastikan segala butiran dan maklumat ialah sah dan tiada sebarang unsur penipuan.
Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup