Pada hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Shah Alam dan Klang telah mengalami masalah gangguan air. Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan tersebut adalah berpunca daripada pair air yang pecah.
Susulan itu, daerah itu dan Klang telah mengalami gangguan bekalan air. Namun masalah itu telah selesai. Namun belum 24 jam isu air ini diselesaikan, sebanyak 686 kawasan telah mengalami masalah gangguan bekalan air.
Kalini masalah gangguan air adalah berpunca daripada pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. Ribuan penduduk Lembah Klang mengalami masalah ini sehinggakan netizen menghasilkan ciapan yang mencuit hati namun berkias.
Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..
— Najwa Mutalib (@najwamutalib) October 18, 2020
Terdapat juga ciapan lain yang diluahkan menerusi laman sosial Twitter.
Rasanya air selangor kena pergi berubat dekat darussyifa, baru tak kena gangguan.
— Akeem (@AkeemSharyzal) October 20, 2020