Seorang penganggur yang merupakan bekas pekerja kilang papan telah didakwa dan didapati bersalah kerana membunuh dan merogol. Mangsa yang dirogol oleh penjenayah itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Kes ini telah berlaku pada Mac 2015 yang lalu.
Pada tahun 2015, tertuduh telah membunuh Yashmin Fauzi, 25 di sebuah rumah di Kampung Batu Papan, Kelantan. Suami mangsa yang merupakan polis bantuan, ketika tiada di tempat kejadian kerana sedang menjalankan tugas. Namun, Mohd Fazrul, suami mangsa berasa tidak sedap hati dan meminta izin untuk pulang ke rumah.
Ketika itu mahkamah telah menyatakan sekiranya tertuduh didapati bersalah, tertuduh akan dihukum hukuman gantung sampai mati. Pada tahun 2020, mangsa telah didapati bersalah atas kesalaha yang telah dia buat pada 5 tahun yang lepas. Rayuannya untuk ketepikan hukuman gantung sampai mati telah ditolak oleh mahkamah.
Hukuman gantung sampai mati telah mendapat sokongan sebulat suara daripada Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf. Tertuduh dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
PEMBUNUH YANG KEJAM!
Apa yang dibuat oleh tertuduh sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk membunuh. Mohammad Awari telah pecah masuk ke rumah mangsa. Penjenayah itu telah membunuh dan merogol mangsa pada jam 12.20 tengah malam hingga 2 pagi.
Yang paling menyayat hati apabila penjenayah tersebut menetak leher mangsa sehingga membuak-buak darahnya keluar. Paling kejam kejam apabila penjenayah tersebut telah merogol mangsa ketika darah sedang membuak-buak keluar.
Menurut mahkamah lagi,
“Mangsa mengalami 11 kecederaan, antaranya di leher dan tangan. Dalam kes ini perayu menggunakan parang untuk mengelar bahagian kiri dan kanan leher mangsa. Ini jelas menunjukka perayu mempunyai niat untuk membunuh.”
Tambah Timbalan Pendakwa Raya, Nazran Mohd Sham lagi, penjenayah tersebut ‘meraikan’ tindakannya yang ‘terkutuk’ itu dengan meminum 7 botol arak di sebuah restoran berdekatan. Malah, penjenayah tersebut juga telah mencuri wang sebanyak RM200 dan telefon bimbit milik mangsa.
Menurut keterangan kes, suaminya pulang pada jam 2 pagi, 1 Mac 2015 dan ternampak isterinya terbaring di atas jalan tar hadapan rumah tanpa pakaian dengan hanya berselimut. Apa yang paling mengerikan ialah, kejadian tersebut telah dilihat sendiri oleh anak lelaki mangsa yang ketika itu berusia 5 tahun.
Selepas melihat mangsa dalam keadaan begitu, suamniya segera ke rumah ayahnya yang berdekatan untuk meminta pertolongan. Mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang oleh keluarga mentua. Suaminya melihat 3 orang anaknya yang berumur 6 bulan, 3 tahun dan 5 tahun sedang berbaring di atas tilam yang berlumuran darah.
Walaubagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia jam 6.40 pagi pada hari kejadian yang sama. Namun sebelum itu, mangsa telah sempat menulis nota yang dibaca :
“Anak abe mat tanah putih yang rogol dan kelar samun duit”
Penjenayah tersebut membela diri dengan mengatakan bahawa mangsa terjaga dan terkejut ketika menyedari biliknya dimasuki penjenayah tersebut. Tujuannya adalah untuk mencuri.
Terdahulu, peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili Mohammad Awari berkata anak buah guamnya tidak mempunyai niat untuk membunuh mangsa. Namun mangsa yang meronta-ronta sehingga menyebabkan kematian.
Penjenayah yang kelihatan tenag selepas membuat keputusan turut disabitkan atas tuduhan merogol mangsa dan dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi. Namun, prosiding hari ini rayuan hanya dibuat terhadap hukuman mati sahaja.
Jika ingin mendapatkan kes sepenuhnya, boleh klik di sini.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...