Peningkatan mendadak kes COVID-19 yang dilaporkan semalam sangat diluar jangkaan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 260 kes baharu dan 47 kes sembuh telah dilaporkan pada 1 Oktober 2020. 259 kes baharu adalah kes tempatan manakala 1 kes ialah kes import.

Penambahan kes baharu ini telah membuat jumlah kes di Malaysia sebanyak 11 484 sehingga 12 tengah hari 1 Oktober semalam.

130 kes baharu adalah daripada penularan warganegara dan 129 kes daripada penularan bukan warganegara. Menurut KKM, daripada jumlah 259 kes baharu, 31 daripadanya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ini telah membimbangkan ramai pihak berikutan dengan laporan semalam. Ramai yang risau sekiranya berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat Malaysia mestilah mematuhi SOP yang ditentukan oleh kerajaan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes.

BACA JUGA :   Bangladesh Juga Mempunyai Universiti Bertaraf Dunia

Sentiasa memakai pelitup separa muka dan tidak berada di tempat yang ramai orang. Langkah berjaga – jaga mesti diambil untuk mengelakkan dari diri kite terlibat dengan COCID-19.

Perkembangan terkini tentang COVID-19 di Malaysia akan dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah pada 5.30 petang ini. Siaran langsung boleh ditonton di Facebook Live KKM.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here