Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang menyatakan bahawa hujan lebat dan ribut petir yang berlaku di Malaysia bukan sahaja disebabkan oleh Peralihan Monsun. Tetapi, ia juga disebabkan oleh fenomena La Nina.

Walaupun begitu, Prof Dr. Fredolin Tangang turut mengatakan yang fenomena La Nina ini dikategorikan sebagai tahap sederhana. Fenomena La Nina ini didapati sedang melanda di rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur – lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini.

Menurutnya lagi La Nina akan mengukuhkan angin timur di seluruh Pasifik dan menolak kelembapan ke barat. Ini menjadikan rantau sebelah sini lebih lembap dan musin monsun dengan jumlah hujan yang lebih tinggi.

BACA JUGA :   6 Penyebab Berlakunya Banjir Kilat

Hujan lebat yang disebabkan oleh peralihan monsun dan fenomena La Nina akan menyebabkan banjir di kawasan yang mudah banjir seperti Lembah Klang dan juga Sabah.

Disebabkan hujan lebat yang berterusan, banyak kawasan yang dinaiki air dan jalan raya rosak. Sabah antara negeri yang menghadapi masalah serius dengan cuaca yang kerap hujan. Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah menyatakan amaran hujan lebat yang akan berlaku di Sabah. Dijangkan berlaku pada pada 5 Oktober ke 6 Oktober 2020.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here